Tuesday, February 22, 2011

Sebuah stesen radio Catalan, Rac1, melaporkan bahawa Arsenal telah bersetuju untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona iaitu Jon Miquel Toral Harper. Wang pampasan sebanyak €350,000 akan dibayar oleh Arsenal untuk membolehkan pemain berusia 16 tahun tersebut berpindah dari Nou Camp ke Stadium Emirates.

Lima atau enam tahun akan datang Xavi akan menuntut balik pemain ber'DNA' Barcelona ini
Arsenal juga dikatakan telah bertemu dengan ibu kepada Toral, yang berbangsa Inggeris pada bulan lepas dan keluarga beliau telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Ironinya, Toral diwakili oleh adik lelaki Pep Guardiola iaitu Pere Guardiola sebagai ejen beliau. Walaupun perjanjian ini dikatakan sudah dimetrai, terdapat juga media di Sepanyol melaporkan Man City, Chelsea dan Liverpool turut cuba dapatkan Toral. 

Toral adalah pemain 'Cadete A' Barcelona dan ketika ini turut mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol bawah 16 tahun. Beliau dikatakan seorang pemain tengah yang kuat dan mempunyai bakat teknikal semulajadi. Menurut laporan 101GreatGoals pula, Toral merupakan pemain sayap kiri yang juga boleh bermain di bahagian kanan. Baru-baru ini beliau menjaringkan hat-trick ketika menentang Cornell dan dikenali sebagai pemain yang rajin dan yang paling matang dikalangan rakan sebaya di Barcelona.

Sudah pastinya kehilangan seorang lagi aset mereka akan mengeruhkan lagi hubungan Barcelona dengan Arsenal kerana mereka masih lagi tidak berpuas hati atas apa yang sudah berlaku kepada Cesc Fabregas. Namun Barcelona harus menyalahkan diri sendiri kerana mereka tidak menunjukkan keinginan untuk cuba dan yakinkan pemain tersebut untuk terus tinggal di Nou Camp sejak segalanya jelas bahawa beliau mahu berpindah ke England setelah empat tahun bersama.

Menurut Rac1 lagi, Arsenal juga dilaporkan cuba dapatkan rakan Toral iaitu Sergi Samper yang merupakan gandingan beliau dibahagian tengah. Namun pemain yang juga berusia 16 tahun itu menolak tawaran untuk bermain di Stadium Emirates.



Sumber:

Tagged: ,

4 comments:

  1. 1 benda aku benci ngan barca :

    Dari dulu sampai skang,
    kalau player tu dah top
    and jadi star baru dorang nak
    mengaku itu asal dri akademi
    dorang or itu produk dorang.
    time tu baru terhegeh hegeh nak
    panggil balik budak budak tu main
    dengan dorang. time dorang tak dapat
    tempat dulu dalam barca senang senang
    je nak lepas and buang. then
    dah jadi famous baru nak amik balik.
    Perghhh! abes madu sepah dibuang!
    Tengok gerard pique dan
    fabregas. dulu sampah je.
    Pique yang naikkan dia pun Man u.
    Cesc kalau bukan sebab wenger
    tak mungkin dia boleh jadi world class skang...

    ReplyDelete
  2. diorang pn bengang dgn arsenal sbb player yg diorang beli semua jd bengap mcm overmars, petit, hleb.. cuma henry dgn gio je ok2.. haha

    ReplyDelete
  3. salah barca lah..sebab ape diorg jual player akademi dorang...lepas tu nk amik balik klu dah top..,,tapi AW jgn la selalu amik pemain2 asing..,,,nnt jadi mcm febregas sekarang..barca nk sgt...,,

    ReplyDelete
  4. Barcelona je mcm tu.

    Kalau arsenal amik player barcelona, itu dipanggil curi tp kalau barcelona amik player dr team lain, itu dipanggil investment.-anonymous

    ReplyDelete