Sunday, February 13, 2011

Jika Miyaichi sentiasa bekerja keras, pasti masa depan beliau sangat cerah
Kalau minggu lepas Miyaichi mendapat pujian besar pada penampilan professional pertama, minggu ini pula beliau menjaringkan gol professional pertama pada penampilan pertama dihadapan 46,000 penyokong Feyenoord. Dinamakan Man of The Match pada perlawanan sebelumnya, Miyaichi kali ini membantu Feyenoord mendapat tiga mata berharga untuk mengelakkan kelab itu tersingkir ke liga bawahan.

Miyaichi tidak menunggu lama untuk menggembirakan penyokong Feyenoord apa bila menjaringkan gol pada minit ke-18. Sila tengok video bagaimana beliau jaringkan gol. Permulaan karier professional yang menarik buat Miyaichi apabila setelah tamat separuh masa pertama, para penyokong Feyenoord bersorak "Ryo, Ryo Ryo" yang bergema diseluruh stadium De Kuip. Perlawanan berakhir dengan Feyenoord menang 2 - 1 keatas Heracles.

Miyaichi dilihat sebagai pemain sayap yang boleh bermain di bahagian kanan atau kiri dan selesa menggunakan kedua-dua belah kaki. Aset beliau kelajuan, kelincahan, kemahiran dan kawalan bola yang menarik. Dari segi taktikal beliau hanya biasa-biasa sahaja, namun masih boleh dipelajari memandangkan usia yang muda. Beliau juga agak tinggi (183cm) namun agak lemah dari segi fizikal. Walaupun begitu beliau sentiasa berusaha untuk mendapatkan bola, rajin turun untuk bertahan dan bekerja dengan sangat kuat.



Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment