Tuesday, August 17, 2010

Oleh kerana transfer window masih belum tertutup dan Arsenal masih lagi memerlukan beberapa pemain terutama sekali dibahagian pertahanan, seorang lagi pemain dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Beliau adalah Joris Mathijsen, pemain pertahanan kebangsaan Belanda dan mewakili kelab Hamburg di Bundesliga. Pada umur 30 tahun, beliau mempunyai pengalaman yang luas baik diperingkat kelab mahupun kebangsaan.

Mathijsen adalah pemain kidal yang boleh juga bermain sebagai fullback
Walaupun Mathijsen bukanlah pemain pertahanan yang pantas, beliau bermain dengan taktikal dan juga pandai membaca permainan dengan baik. Ini sedikit-sebanyak dapat mengatasi kelemahan beliau tesebut. Hamburg dikatakan sedang cuba sedaya upaya untuk mengekalkan Mathijsen bermain di Bundesliga walaupun agak sukar kerana mereka tidak layak bermain dalam Liga Juara-juara Eropah.

Pada pendapat aku, £12 juta untuk pemain yang berumur 30 tahun adalah tidak berbaloi. Ini adalah bukan jenis pembelian Arsene Wenger yang seperti kita semua tahu. Sedangkan nak tawarkan kontrak lanjutan untuk pemain 30 tahun keatas pun susah, inikan pulak nak beli baru.

Sumber yang tidak boleh dipercayai: CaughtOffside

Tagged:

6 comments:

  1. bagus mcmana pun confirm x beli kalu £12.. umur dh 30.. AW mmg berpegang pd prinsipnya, jika x kena dgn apa yg dia tawarkan,dia x sesekali megeluarkan duit poket arsenal walu bagaimana dia trlalu mahukan seseorg pemainpun.. cari lah Prof sapepun asal bleh backup bek yg sedia ada ni..koscielny tu bkn x bagus, dia main bagus tp org x gerun dgn dia, selain pertahanan yg kental n mampu membaca gerakan lwn, seorg CB juga mesti ada sifat bengis atau sekurang2nya brprwatakan serius..

    ReplyDelete
  2. terbaek!
    tp nak lg best bli keeper skali.
    aku suka klu wenger bli defend German!
    dlu ada link ngn mertersacker and tasci pastu senyap

    ReplyDelete
  3. mertesacker dah cakap dia nak stay ngan werder bremen. so mmg xde chance.

    tasci plak maybe deal tak dpt nak go through. sebab? maybe tak dpt kata sepakat untuk urusan jual beli ni.

    ReplyDelete
  4. patot r...
    dulu patot wenger bli heitinga.
    experience tapi da kne rembat everton.

    ReplyDelete
  5. betul2 aku sokong awegooner.CB mesti muke kene bengis,panas baran dan muke mesti ketat.haha..
    Baru arsenal dihormati lwn.

    ReplyDelete
  6. Ko tgk muka squillaci tu x cukup ganas lg ke? Haha

    ReplyDelete