Wednesday, March 9, 2011

Arsenal akhirnya tersingkir dari persaingan setelah tewas kepada Barcelona dengan agregat 4-3. Dalam perlawanan yang penguasaan bola lebih 70% oleh Barcelona, sememangnya mereka layak untuk menang pada perlawanan ini. Menurut statistik lagi, shot on target bagi Barcelona adalah 20 sedangkan Arsenal 0. Macam mana nak menang kalau tak ada satu pun percubaan ke arah gol lawan?

Fabregas yang 90% cergas tidak memberi sebarang impak pada Arsenal
Secara keseluruhan hampir kesemua pemain Arsenal tidak beraksi dengan baik baik kecuali Jack Wilshere yang berhempas pulas cuba medapatkan kembali penguasaan bola dibarisan tengah dan Manuel Almunia yang beberapa kali menyelamatkan bola dalam situasi merbahaya. Barisan pertahanan pula nampak biasa-biasa sahaja. Tidak adil pula jika kita menyalahkan barisan pertahanan yang diserang bertali arus oleh jentera serangan Barcelona dan barisan tengah seharusnya turut memainkan perananan bagi mengimbangi permainan dengan tidak membiarkan Barcelona terus menerus mengatur serangan.

Cesc Fabregas beraksi dengan luarbiasa teruk kali ini, tidak seperti sediakala. Malah gol pertama Barcelona hadir dari kesilapan beliau yang melakukan backheel sedikit dihadapan kotak penalti sendiri. Aku percaya ianya hanyalah salah satu hari yang malang buat beliau dan bukan atas sebab-sebab lain. Lagipun apa yang boleh kita harapkan daripada pemain yang baru pulih dari kecederaan? Tambahan pula Wenger sendiri buat kenyataan sebelum perlawanan bahawa kecergasan Fabregas adalah pada tahap 90%.

Setelah perlawanan tamat Fabregas memohon maaf kepada setiap penyokong menerusi akaun twitter(@cesc4official) dengan berkata:
Great support from the arsenal fans. I take full blame for the result tonight. One of the worst moments of my life. I apologise.

Sementara itu Abou Diaby seperti biasa mempamerkan aksi permainan yang sememangnya tidak membantu apa-apa. Adakah lompatan tinggi ketika sepakan penjuru diambil Nasri menyebabkan Busquets menjaringkan gol sendiri boleh dikira sumbangan dari beliau? Disebabkan kelemahan dibarisan tengah, Samir Nasri dan van Persie juga tidak dapat mempamerkan aksi sebenar berikutan tiada hantaran yang menarik buat mereka.

Walaubagaimanapun isu hangat yang hebat diperkatakan adalah mengenai mutu pengadilan yang teruk dan banyak memberi kesan dalam pada perlawanan ini, baik kepada Arsenal mahupun Barcelona. Antara keputusan kontroversi tersebut adalah sepakan penalti tidak diberikan apabila Messi dijatuhkan didalam kotak penalti dan yang lebih mengarut apabila van Persie dilayangkan kad kuning kedua atas alasan membuang masa permainan berikutan melepaskan rembatan setelah wisel offside ditiup.

Dalam temubual setelah tamat perlawanan, van Persie berkata pada SkySports:
How can I hear a whistle with 90,000 people jumping up. How to God can I hear that? The referee has been a joke all evening, I don’t know why he is even here. These people are unbelievable,

Sesungguhnya bermain dengan 11 orang pun agak sukar buat Arsenal, inikan pula kekurangan seorang lagi pemain. Namun ini semua tidak akan terjadi jika beliau dapat mengawal perasaan ketika insiden yang membuatkan beliau dilayangkan kad kuning pertama. Pada ketika itu van Persie dilihat dengan sengaja menolak Dani Alves sehingga terjatuh. Van Persie sebenarnya masih bengang kerana pengadil tidak berbuat apa-apa setelah Eric Abidal mencengkam leher beliau.

Bagaimana Abidal boleh terlepas dari sebarang tindakan?
Pada pendapat aku, punca kekalahan Arsenal kali ini lebih kepada nasib yang tidak baik yang mana turut disumbang oleh masalah kecederaan yang timbul. Ketiadaan Alex Song dan Fabregas yang baru pulih dari kecederaan adalah salah satu faktor kepincangan dibarisan tengah. Seperti yang kita tahu, barisan tengah adalah nadi sesebuah pasukan sama ada ketika menyerang. Malah jika kita dapat mengelak penguasaan bola dari pasukan lawan, ianya turut mengurangkan jumlah serangan dari mereka.

Walaupun Koscielny adalah penyebab gol ketiga Barcelona hadir, ianya sangat dijangkakan jika dilihat serangan mereka yang bertali arus. Barisan pertahanan yang lebih banyak beradu tenaga untuk mengekang serangan Messi dan rakan-rakan akhirnya kepenatan lantas lebih cenderung melakukan kesilapan. Ini dibuktikan dengan gol Barcelona yang hadir lewat pada penghujung separuh masa pertama dan selepas bermain dengan 10 orang. Ini semua tidak mungkin terjadi jika barisan tengah mampu mengekang penguasaan bola pemain tengah Barcelona.

Benda dah lepas biarkanlah berlalu. Buat masa sekarang setiap pemain perlu fokus pada perlawanan akan datang kerana kita masih berpeluang dalam Piala FA dan Liga Perdana.

Reaksi anda:

Tagged: ,

4 comments:

  1. smlm midfield yg superb is Wilshere.
    Then kalau ikutkan aku tgk defend
    yg banyak wat clean tackle n
    clearance is Djorou.
    dia byk slamatkan keadaan gak...
    Koscielny, sagna and clichy
    byk kantoi kot..

    ReplyDelete
  2. memang tension ngan game ni di mana penguasaan oleh barcelona, banyak lagi arsenal kena belajar, kalau ikutkan data arsenal tidak sekali pun membuat cubaan ke pintu gol jika dibandingkan dengan barcelona lebih 20 kali, tapi yang pentingkita kena focus game vs man utd weekend ini FA cup dan league

    ReplyDelete
  3. ok..pada aku la..mmg ada player yg main xbagus..tp lagi jelas pada reff.. bukan nak slhkan reff bila team kita kalah.. tapi aku mmg pantg reff yg berat sblh termasuklah contoh masa Liver vs MU.. reff mmg layak sarung jersi belacan tuk jadi player ke 12 diorg.. tiada amaran utk RVP (terus merah) padahal messi 2x offside dan 2x juga dia tendang bola.. tapi tiada layangan kad...pe cer? abidal cekik RVP tiada layangan kad.. dan kalau diperhati mmg byk lagi.. kawalan bola arsenal diganggu reff sehingga arsenal lepas kawalan bola tue.. so pk la sndiri..

    ReplyDelete
  4. yes, mmg ref yg celaka pn jadi salah satu sebab... ref ni mmg terkenal dgn kontroversi

    ReplyDelete