Monday, August 16, 2010

Sebaik wisel ditiup untuk sepak mula, Arsenal bermain dengan baik sekali. Setiap pemain nampak bersemangat dan sentiasa mengasak pemain-pemain Liverpool. Tidak kiralah ketika terlepas kawalan bola ataupun bola sedang dalam kawalan pemain Liverpool, mereka berjaya dapatkan balik kawalan tersebut. Hasilnya, pada suatu ketika Arsenal mendominasi kawalan bola dengan 57% manakala Liverpool hanya 43% walaupun bermain ditempat sendiri.

Thomas Vermaelen hampir meletakkan Arsenal di depan apabila sepakan percuma rembatannya berjaya ditampan keluar oleh Jose Reina. Selepas itu tidak banyak aksi menarik dipamerkan oleh kedua belah pasukan hinggalah pada penghujung separuh masa pertama apabila rembatan Glen Johnson ditepis keluar oleh Almunia dan tandukan Ngog berjaya dikeluarkan sebelum melepasi garisan gol oleh Gael Clichy. Ketika separuh masa pertama hampir tamat, Joe Cole dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Koscielny dengan kekasaran.

Bermulanya separuh masa kedua, Liverpool dengan pantas melakukan serangan dan hasilnya David Ngog berjaya melepaskan rembatan kencang pada penjuru kanan gawang Arsenal untuk gol pertama perlawanan. Ianya adalah akibat kesilapan Jack Wilshere yang tidak dapat menahan bola hantaran rakan sepasukan. Taktik Roy Hodgson menjadi iaitu dengan terus menyerang walaupun bermain dengan hanya 10 orang. Ini kerana beliau tahu Arsenal tidak pandai bertahan dan Liverpool harus terus menyerang, untuk bertahan.

Selepas gol tersebut, Arsenal kelihatan seperti hilang arah. Pertahanan mula nampak goyah dan setiap cubaan serangan berjaya dipatahkan pihak lawan. Arsenal buntu, tiada penyudah yang berkesan. Sebaliknya Liverpool tampak lebih berbahaya apabila dua sepakan percuma Steven Gerrard gagal ditanduk kemas oleh Martin Skrtel dan David Ngog. Gerrard juga mempunyai peluang untuk menambah jaringan gol apabila sepakan percuma yang dirembat kencang berjaya ditepis keluar oleh Almunia. 

Pada minit ke-60, Theo Walcott dan Thomas Rosicky dimasukkan bagi menggantikan Eboue dan Wilshere. Rentak perlawanan mula berubah terutama sekali dengan kehadiran Rosicky yang banyak menggunakan kreativiti beliau di tengah padang. Beliau juga hampir menyamakan kedudukan buat Arsenal apabila bermain one-two dengan Chamakh namun sepakan penyudahnya berjaya ditepis keluar oleh Reina.

Robin van Persie dimasukkan menggantikan Abou Diaby pada minit ke-76 untuk menggandakan asakan. Suatu ketika Liverpool terpaksa bermain dengan sembilan orang apabila Daniel Agger tiba-tiba pening lalat dan tidak mampu untuk meneruskan permainan buat seketika. Liverpool pula tidak dapat menggantikan beliau dengan pemain lain kerana telah membuat tiga pertukaran.

Arsenal mendapat peluang menerusi sepakan sudut dimana tandukan Vermaelen tersasar jauh dan sepakan percuma yang diambil oleh Walcott juga berjaya ditepis keluar dengan baik oleh Reina. Namun begitu, persembahan cemerlang penjaga gol Liverpool itu berakhir apabila tandukan Chamakh terkena tiang gol yang kemudian melantun kedalam gawang sendiri apabila cuba diselamatkan oleh Reina.

Terima kasih Reina! Gambar - arseblog
Nasib tidak baik buat Koscielny apabila dilayangkan kad kuning kedua kerana disangkakan oleh pengadil menahan bola menggunakan tangan dengan sengaja. Secara keseluruhan ianya permulaan yang sangat tidak meyakinkan walaupun Arsenal mendominasi kawalan bola dengan 64%. Namun begitu masih awal untuk membuat tanggapan bahawa Arsenal tidak mampu menjuarai liga. Lihat saja musim lepas, walaupun menang besar keatas Everton pada perlawanan pembukaan tetapi persembahan mula menurun apabila dilanda masalah kecederaan.

Rating Blog Arsenal Nombor Empat

Manuel Almunia (5)
Walaupun berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Liverpool, persembahan Almunia masih tidak meyakinkan apabila masih lagi melakukan kesilapan yang tak sepatutnya, terutama sekali hantaran lintang set-piece.

Bakari Sagna (6)
Persembahan baik, tetapi masih lemah dalam membuat crossing.

Laurent Koscielny (7)
Mantap serta mempamerkan kelajuan mengejar bola yang baik.

Thomas Vermaelen (7)
Konsisten, baik ketika bertahan mahupun menyerang.

Gael Clichy (6)
Persembahan baik, tetapi tidak banyak memberi impak.

Abou Diaby (6)
Menggalas peranan sebagai holding midfielder dengan baik namun lambat untuk membuat hantaran dan kebanyakannya tidak kemas.

Samir Nasri (6)
Bertindak sebagai playmaker. Bukan persembahan terbaik beliau dimana kita dapat saksikan beberapa hantaran yang dibuat tidak tepat. Ternyata beliau masih belum mampu untuk menggantikan Cesc Fabregas.

Jack Wilshere (5)
Kurang memberi impak. Penyebab gol Liverpool. Hantaran tidak tepat.

Emmanuel Eboue (6)
Sentiasa bersemangat dan berusaha, namun sayangnya tidak membuahkan hasil.

Andrey Arshavin (4)
Tiada impak. Senang terlepas kawalan bola. Malas!

Maroune Chamakh (6)
Tidak dapat menunjukkan kebolehan beliau kerana tidak dapat hantaran menarik dari midfield. Usaha keras beliau membawa kepada gol penyamaan.

Theo Walcott (6)
Larian pantas berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan tapi tiada penyudah. Percubaan sepakan percuma beliau nampak semakin baik.

Tomas Rosicky (7) - Man of the Match
Mengubah rentak permainan dan kreatif mengatur serangan.

Robin van Persie (6)
Bermain dengan baik cuma tidak cukup masa untuk memberi impak.

Tagged:

2 comments:

  1. post match, spot on...

    kalau ikutkan 1st match dpt 1 point lwn ngn big 4 x lar teruk sgt.. tp dalam 1st match ni kite nampak xader ape yg berubah pun. same cam sizen2 lepas..kelemahan tactical... GK.. mentality...

    one more thing... pemain2 arsenal terlalu manja! (wenger memang ATUK yg baik...) not independent on the pitch. MANJA + Tak Independent

    ReplyDelete
  2. Yup, aku sokong seri dengan Liverpool bukan lah teruk sangat. Cuma kita yang merisaukan keeper yang masih lagi buat silap dan attitude sesetengah pemain yang tak nampak bersungguh, macam Arshavin.

    Game semalam Arsenal dah control, tapi takde finishing. Kalau Fabregas main aku rasa kita dah boleh menang.

    ReplyDelete