Friday, August 20, 2010

Sevilla memberi amaran kepada Arsenal bahawa mereka tidak akan melepaskan Sebastien Squillaci dengan harga yang murah. Mereka dipercayai inginkan wang perpindahan sebanyak £6.5 juta untuk pemain tersebut, namun nampaknya tawaran Arsenal masih belum menyamai nilai yang diminta.

Menurut laporan Mirror Football, Sevilla difahamkan telah mengendalikan mesyuarat tergempar bersama ahli lembaga dimana mereka membincangkan mengenai tawaran tersebut yang turut bergantung samada mereka dapat mencari pengganti Squillaci sebelum tutupnya jendela perpindahan pada 1 September ini.

Sementara itu apabila ditanya mengapa pemain tersebut tidak diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah, pengarah sukan Sevilla, Ramon Rodriguez mengakui bahawa pemain tersebut telah membuat permintaan sebegitu bagi mengelakkan beliau terikat dari bermain dengan mana-mana kelab pada kejuaraan di Eropah.

Rodriguez dipetik berkata:
"The player asked not to play because of the offer from such a big team, but, for the moment, we believe the offer is insufficient and Squillaci is still a Sevilla player,"

Satu lagi berita yang tidak menyenangkan yang dilaporkan oleh Mirror Football ialah bidaan kedua Arsenal untuk mendapatkan Mark Schwarzer ditolak oleh Fulham. The Gunners yang pernah membuat bidaan pertama sebanyak £2 juta untuk penjaga gol kebangsaan Australia pada Mei lalu, gagal untuk memperbaiki tawaran asal mereka.

Arsenal dipercayai sangat yakin untuk mendapatkan penjaga gol berusia 37 tahun itu dengan menawarkan tawaran sama seperti yang sebelumnya apabila pemain tersebut telah meminta untuk berpindah dari kelab. Mark Hughes pula tetap dengan pendirian beliau untuk tidak menjual pemain veteran itu melainkan mendapat tawaran yang dirasakan sesuai.

Terdapat khabar angin yang mengatakan punca tiada kata sepakat dapat dicapai dalam perbincangan ini adalah kerana Fulham inginkan £4 juta berserta Carlos Vela. Namun yang jelasnya Arsene Wenger tidak ingin menaikkan nilai bidaan asal terhadap pemain terbabit dan kini mungkin mengalihkan perhatian beliau untuk mendapatkan Shay Given ataupun Marten Stekelenberg.

Arsenal.com pula mengesahkan Emmanuel Frimpong yang baru sahaja diserap ke dalam skuad utama Arsenal mengalami kecederaan ligamen lutut. Kecederaan ini dialami ketika dalam latihan yang menyebabkan beliau terpaksa direhatkan selama enam hingga ke sembilan bulan. Berita buruk ini datang sehari selepas Samir Nasri disahkan bakal terlepas beraksi selama sebulan.

Pemain defensive midfielder yang berusia 18 tahun ini banyak memainkan peranan ketika perlawanan pra musim yang lalu dan menurut Arsene Wenger, jika Frimpong tidak tercedera sebegini, beliau berkemungkinan dapat beraksi bersama skuad utama dalam kempen memburu kejuaraan musim ini.

Sementara itu Arsenal.com turut menyiarkan berita dimana empat pemain yang terlepas untuk beraksi pada perlawanan pembukaan menentang Liverpool minggu lepas berpeluang untuk membuat penampilan pertama musim ini. Mereka adalah Alex Song yang baru pulih dari kecederaan betis, Johan Djourou otot belakang lutut, Denilson otot perut dan juga Cesc Fabregas yang sebelum ini tidak cukup cergas.

Dalam berita lain pula, ejen kepada Armand Traore mengatakan bahawa Benfica semakin hampir untuk mendapatkan left-back yang berusia 20 tahun itu dengan harga sebanyak £3 juta. Proses rundingan untuk perjanjian ini masih lagi berlansung antara kedua-dua kelab.

Traore menjadi pilihan ketiga di Stadium Emirates dibelakang Clichy dan Gibbs
Menurut laporan ClubCall, ejen Traore, Richard des Voeux berkata:
"A number of European clubs were interested in Armand but the Benfica option is more important in many aspects. The interest is real and we are at a sensitive stage (of negotiations). Armand is aware of contacts between Benfica and Arsenal.Benfica are a wonderful club that would interest any player. Obviously, Armand is very interested and excited about the possibility of coming to play at Benfica. Nothing is finalised, but things can be decided very soon."

Tagged: ,

2 comments:

  1. armand tak jadi pindah dahhh..:p

    ReplyDelete
  2. yup btol tu.. benfica tak nak bayar harga sama cam dia dpt kt arsenal

    ReplyDelete