Wednesday, November 30, 2011


Sekali lagi telah terbukti barisan serangan Arsenal tumpul tanpa kelibat Robin van Persie apabila kita tewas ditangan Man City pada perlawanan Carling Cup pagi tadi. Walaupun aksi yang memberansangkan dipamerkan dan mengawal perlawanan dengan baik, bahagian serangan yang diterajui Park Ju Young dan Marouane Chamakh gagal menemui sasaran.

Selain itu juga, jika kita terlalu mengharapkaan pada van Persie, ianya secara tidak lansung meletakkan beban yang berat buat kapten kita ini. Selain dari tekanan, faktor keletihan juga mampu menjejaskan prestasi cemerlang van Persie. Dan lebih buruk lagi ianya juga boleh mengundang kepada kecederaan pada penyerang yang boleh dikategorikan bertaraf dunia ini.

Arsene Wenger turut mengakui tahap kecergasan van Persie kini berada dalam bahaya apabila semakin hampir dengan 'zon merah' selepas beliau bermain pada perlawanan ketiga dalam masa lapan hari ketika menentang Fulham hujung minggu lalu.

Situasi mungkin akan menjadi lebih teruk apabila Chamakh dipanggil beraksi dalam Africa Cup Nations, Januari depan dimana penyerang yang ada hanyalah van Persie dan Park Ju Young. Sedar akan kemungkinan ini, Wenger dikatakan sedang giat mencari penyerang baru dan salah seorang yang kuat dikaitkan kini adalah Lukas Podolski.

Arsenal dikatakan telah memantau penyerang kebangsaan Jerman ini sejak bermulanya kempen musim ini dan Podolski telah beraksi dengan cemerlang ketika menentang the Gunners dalam perlawanan pra-musim. Dan pada Jumaat lepas, Wenger telah menghantar scout Arsenal untuk membuat pemerhatian lebih dalam ketika Cologne tewas 0-3 ditangan Borussia Monchengladbach ditempat sendiri.

Sumber dari Cologne dipetik berkata:
We are aware Arsenal are watching Podolski and they were at Friday’s game.

Sementara Podolski tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berhijrah dari Cologne. Beliau dipetik berkata:
My family and friends may live here and I know every corner of the city, but if I am in top condition, I could fit into any side in Europe.

Podolski menjadi target utama Arsene Wenger kerana Arsenal mungkin dapat membida penyerang Cologne itu dengan harga murah berikutan kontrak beliau akan berakhir pada 2013 dan Cologne terpaksa menerima bidaan bagi mengelakkan penyerang mereka itu pergi begitu sahaja secara percuma.

Sumber: The Express

Tagged:

1 comment:

  1. Excellent beat ! I wish to apprentice while you amend your site, how can i subscribe for a blog
    site? The account aided me a acceptable deal. I had been a little bit acquainted of this your broadcast offered bright clear
    concept
    Feel free to visit my web blog :: perfumes

    ReplyDelete