Tuesday, November 22, 2011

Gambar photoshop
Sejak kebelakangan ini Lukas Podolski telah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Namun kini jiran kita, Tottenham pula dikatakan bersedia untuk merampas penyerang kebangsaan Jerman ini untuk menyertai mereka di White Hart Lane.

Tottenham mengalihkan sasaran kepada Podolski setelah akur dengan kenyataan yang mereka tidak mampu untuk dapatkan Emmanuel Adebayor yang sekarang ini dipinjam dari Manchester City. Bekas penyerang Arsenal yang tak sedar diuntung ini, dilihat menyinar ketika beraksi untuk pasukan Cock and Ball. 

Walaupun tidak mendapat tempat didalam pasukan, Adebayor hanya akan dilepaskan Man City dengan nilai £25juta, harga yang dibayar oleh mereka kepada Arsenal pada 2009. Tottenham tidak mempunyai masalah untuk menuruti yang ditetapkan, akan tetapi mereka ada pilihan yang lebih baik dari penyerang Togo tersebut.

Ini kerana Podolski yang juga mungkin akan dilepaskan dengan jumlah yang sama, tidak meminta gaji yang tinggi seperti Adebayor mahukan iaitu £140,000 seminggu.

Selain dari Tottenham, Lazio juga dikatakan berminat untuk mendapatkan target Arsenal ini.

Sumber: The Mail

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment