Tuesday, November 15, 2011

Kenangan lama
Masih lagi mempunyai hubungan rapat dengan Arsenal, Cesc Fabregas mahukan van Persie yang menggantikan tempat beliau sebagai ketua pasukan itu kekal bersama The Gunners. Fabregas yang sebelum ini menjadi penggerak barisan tengah sangat mengenali van Persie dan tahu bekas rakan sepasukannya itu sangat penting buat Arsenal.

Beliau yang mengikuti rapat perkembangan Arsenal dari semasa ke semasa berharap agar van Persie dapat bebas dari masalah kecederaan untuk keseluruhan musim ini. Tidak dinafikan apabila van Persie sentiasa cergas, beliau dapat mempamerkan aksi sebenar beliau - bintang bertaraf dunia.

Tentang masa depan van Persie, Fabregas dipetik berkata:
We will see what he decides, but he has been very loyal to Arsenal for a few years. He is a key player, and fans love him. For me, he is the role model of Arsenal – the star player – and they cannot afford to lose him.

Fabregas turut mengakui bahawa beliau adalah penyokong Arsenal dan berjanji tidak akan cuba yakinkan van Persie untuk menyertai beliau di Barcelona.

Tambah beliau:
Robin would fit in anywhere, but I am an Arsenal fan and I want him to stay at Arsenal.

Sumber: The Express

0 comment(s):

Post a Comment