Monday, November 14, 2011


Arsenal dikatakan sedang memantau situasi kontrak Paul Pogba, dimana jika beliau tidak menandatangani kontrak untuk terus bersama Man Utd, The Gunners bersedia untuk mendapatkan bintang muda Perancis tersebut.

Kontrak pemain midfielder tersebut akan berakhir bulan Jun ini akan tetapi sehingga kini, beliau masih belum mahu setuju dengan kontrak baru. Walaupun begitu, Alex Ferguson sudah pasti akan cuba sedaya upaya mengekalkan pemain berusia 18 tahun itu di Old Trafford.

Pogba pernah menjadi target Arsenal satu ketika dulu, namun beliau memilih untuk berhijrah ke Man Utd dari kelab Perancis, Le Harve pada tahun 2009. Beliau yang pernah dilabelkan sebagai 'the new Patrick Vieira' difahamkan tidak sabar untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Seperti yang semua tahu, Arsenal sentiasa memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk menyerlah dalam kesebelasan utama dan dijangkan Pogba mungkin akan berminat dengan tawaran yang akan dibuat oleh Arsene Wenger.

Sumber: The People

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment