Saturday, November 12, 2011


Nampaknya Arsenal terpaksa menunggu hingga ke akhir musim ini untuk berbincang bersama van Persie mengenai penyambungan kontrak baru beliau bersama The Gunners apabila bintang kita ini tidak mahu melakukan sebarang rundingan buat masa ini.

Menurut pengurusi Arsenal, Peter Hill-Wood, beliau menghormati keputusan tersebut dan tidak akan mendesak mahupun memberi tekanan terhadap van Persie kerana bimbang ianya akan menggangu fokus dan  konsentrasi penyerang sensasi kita ini.

Samada van Persie akan menandatangani kontrak baru masih menjadi tanda tanya, akan tetapi jelas sekali semuanya bergantung kepada tiga persoalan:
  1. Layak untuk bermain Liga Juara-juara Eropah untuk musim depan atau tidak?
  2. Siapa pemain yang akan dibawa masuk Januari depan?
  3. Berapa Arsenal akan bayar gaji beliau?
Persoalan pertama tu sangat penting buat van Persie kerana beliau adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan ingin memenangi sebanyak mana kejuaraan yang ada. Tidak kiralah bagaimana sayang sekalipun pada Arsenal atau gembira macam mana pun bermain di Stadium Emirates, pada akhirnya piala dan pingat yang jadi ukuran kejayaan seseorang pemain.

Yang kedua pula, ianya perlu untuk meyakinkan van Persie bahawa Arsenal mampu untuk bukan sahaja sekadar bersaing malah memenangi sesuatu. Beliau mahu menjadi juara bersama Arsenal dan untuk itu, beliau perlu bantuan beberapa pemain lain yang berkaliber. Ini kerana van Persie sedar, beliau tidak dapat lakukannya berseorangan.

Persoalan ketiga tidak begitu penting dari yang pertama dan ketiga akan tetapi van Persie pasti mengharapkan gaji yang ditawarkan hampir berbaloi dengan mutu permainan dan persembahan beliau. Mungkin beliau tidak mengharapkan gaji seperti pemain-pemain Man City, asalkan ianya munasabah sudah cukup. 

Buat masa ini, van Persie dikatakan menerima gaji sebanyak £60,000 seminggu. Ianya hanyalah 1/3 dari gaji yang pemain Man City terima dari majikan mereka.

Jika Wenger tak bawa masuk pemain berkaliber seperti yang van Persie harapkan dan kemudian Arsenal tidak layak untuk bermain dalam Liga Juara-juara Eropah, kemungkinan beliau akan mengikut jejak langkah Fabregas dan Nasri pula musim depan walaupun hati beliau sentiasa bersama Arsenal.

Sumber: The Star

0 comment(s):

Post a Comment