Wednesday, November 9, 2011


Arsenal dikatakan sedang memantau penyerang muda Barcelona yang masih belum ingin menandatangani kontrak baru bersama kelab Catalunya tersebut.

Deulofeu tidak pasti samada untuk kekal di Nou Camp ataupun tidak kerana beliau berhasrat ingin segera bermain dalam kesebelasan utama skuad Barcelona.

Pemain yang baru berusia 17 tahun ini boleh dibida dengan yuran perpindahan sebanyak £3.75juta berikutan terdapatnya terma didalam kontrak yang membolehkan beliau dibeli dengan nilai tersebut.

Selain Arsenal, Chelsea juga dikatakan telah bertanya pada Barcelona mengenai beliau pada musim panas yang lepas.

Kalau nak cepat main kesebelasan utama, join lah Arsenal dimana pemain-pemain muda diberi peluang untuk menyerlah jika betul-betul hebat.

Ada sesetengah penyokong dah fobia dengan pembelian pemain muda dari Barcelona, takut benda yang sama jadi macam isu Fabregas. Bagi aku la, tak kisah pun kalau benda sama nak jadi. Kalau dia betul-betul power apa salahnya.

 Sumber: The Mail

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment