Thursday, November 10, 2011


Tidak dinafikan Gary Cahill adalah target utama Arsene Wenger pada musim panas lepas, namun perpindahan ke Stadium Emirates tidak dapat direalisasikan berikutan tiada persetujuan dicapai dengan Bolton yang menilai Cahill dengan harga £15juta walaupun hakikatnya kontrak pemain tersebut akan tamat hujung musim ini.

Kini beliau menjadi target utama Chelsea pula dimana Andre Villas-Boas merasakan pemain pertahanan kebangsaan England itu boleh memperbaiki kepincangan barisan pertahanan Chelsea musim ini. Kali ini Bolton mungkin akan bersetuju dengan harga sekitar £7juta atau £8juta sahaja memandangkan mereka semakin terdesak untuk mengelakkan Cahill pergi dengan secara percuma.

Di ramalkan Arsenal tidak akan cuba turut serta membida walaupun dengan harga runtuh tersebut berikutan kembalinya Thomas Vermaelen kedalam skuad dan peningkatan mutu permainan Koscielny serta ditambah dengan backup seperti Per Mertesacker, Johan Djourou dan Sebastien Squillaci.

Walaupun agak sukar jadi kenyataan, aku sebenarnya berharap sangat Arsenal boleh dapatkan Cahill secara percuma dan Squillaci tu campak buang je. Tapi kalau Cahill masuk, bila masa pulak Koscielny dengan Mertesacker nak main? Betol? Memang harapan la nak tengok Cahill sarung jersi Arsenal.

Sumber: The Mail

Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment