Saturday, November 12, 2011


Menurut laporan sebuah stesen radio di Sepanyol, Cadena Ser, Arsenal dikatakan sedang pertimbangkan untuk membida pemain midfielder yang boleh juga bermain di posisi pertahanan ini pada jendela perpindahan yang akan dibuka Januari tahun depan.


Arsene Wenger dilihat sedang giat mencari midfielder baru dengan beberapa pemain sekitar Eropah sudah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates dan kali ini scout Arsenal berjaya mengesan Javi Garcia yang bermain untuk kelab Benfica.

Javi Garcia merupakan bekas pemain Real Madrid. Beliau berhijrah ke Benfica pada tahun 2009 dengan yuran perpindahan sebanyak £6.2juta dan masih lagi terikat kotraknya dengan kelab Portugal itu sehingga tahun 2014. Namun, Benfica dan juga Garcia dikatakan tidak akan menolak tawaran ini jika Arsene Wenger membuat tawaran kukuh Januari depan.

Pernah mewakili Sepanyol bawah 21 tahun, Garcia yang kini berusia 24 tahun turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan AC Milan.

Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment