Friday, November 11, 2011


Kagum dengan impak kehadiran Gervinho ke Stadium Emirates, Alex Song dengan ringan mulut memuji rakan sepasukan dari benua Afrika itu. Gervinho pantas menjadi kesayangan penyokong serta berjaya menempa kukuh tempat dalam kesebelasan utama Arsenal sejak awal penyertaan beliau dari kelab Perancis, Lille.


Song yang pernah bermain untuk Bastia di Perancis, tahu ianya bukan mudah buat Gervinho untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris memandangkan tahap cabaran yang tidak sama ketika di Perancis, namun beliau tidak terkejut kerana Gervinho memainkan peranan yang penting dalam membantu Lille menjadi juara Ligue 1.

Beliau dipetik berkata:
I'm not surprised to see him doing well here and I think there's more to come. It's not easy to come to the English league, it's harder and stronger, but he's getting used to it and I'm really happy to see him making a difference in games.

Diharapkan pemain berdahi jendul dari Ivory Coast ini dapat meneruskan kecermelangan beliau dan menjadi satu lagi bintang di Liga Perdana Inggeris mahupun dunia yang berjaya digilap oleh Arsene Wenger.

Sumber: Sky Sports

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment