Tuesday, November 8, 2011

Pernah digelarkan 'the Young Zinedine' ketika berumur 5 tahun
Penjaga gol pilihan nombor satu Arsenal ketika ini menegaskan bahawa beliau tidak risau untuk memekik dalam memberi arahan kepada barisan pertahanan meskipun mereka lebih tua dan berpengalaman samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Barisan pertahanan Arsenal kini akhirnya menemui kestabilan sejak kebelakangan ini dimana penjaga gol berusia 21 tahun dilihat sering memekik memberi arahan terutama sekali kepada pemain baru Per Mertesacker yang berusia 27 tahun dengan 78 penampilan bersama skuad Jerman dan kini kepada Thomas Vermaelen yang berusia 25 tahun, yang mana telah membuat penampilan bersama skuad Belgium dengan 32 penampilan.

Szczesny berkata:
For me it really doesn't matter if my defence are older than me or more experienced than me, it doesn't make any difference. My job is to get them organised and their job is to listen to me - so I'm very comfortable doing that.

Nyata sekali beliau adalah seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Ini dapat dilihat ketika perlawanan menentang Marseille minggu lepas dimana beliau menunjukkan kemahiran memperdaya penyerang pasukan lawan.

Szczesny mendedahkan:
That's why they called me the young Zinedine when I was five years old! You could see that from that I'd like to have been an outfield player.

Sumber: The Mail

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment