Friday, November 11, 2011


Penyerang muda Brazil ini telah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Levante yang disertai beliau menerusi perjanjian pinjaman sejak dua musim lepas. Hasrat ini disuarakan didalam akaun twitter beliau.


Wellington Silva menyertai Arsenal dari Fluminese dengan yuran perpindahan bernilai dalam lingkungan £3juta, namun beliau masih belum layak untuk beraksi bersama Arsenal kerana tidak diluluskan pas bekerja di England. Oleh yang demikian, seperti yang selalu dilakukan sebelum ini, Arsenal perlu meminjamkan beliau ke kelab lain diluar England untuk mendapatkan pasport Eropah.

Kelab Sepanyol selalu menjadi pilihan kerana undang-undang yang tidak begitu ketat dimana seseorang pemain itu boleh mendapatkan passport Sepanyol setelah bermastautin di negara tersebut lebih dari 3 tahun.

Kini, Wellington Silva sudah merasa bosan berada di Levante apabila tidak mendapat peluang yang sewajarnya didalam kesebelasan utama kelab Sepanyol tersebut. Beliau boleh dipanggil balik pada Januari tahun depan dan akan dipinjamkan semula kepada kelab lain. Dipercayai, terdapat kelab dari Perancis, Greece dan Brazil mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun ini.

Pada musim lepas, Wellington Silva pernah diarahkan supaya kurangkan menggunakan twitter dan berhenti mengambil makanan fast food. Aku dapat rasakan budak ni ada masalah sikap dan ini adalah punca utama kenapa dia tak dapat tempat dalam kesebelasan utama Levante.  

Apa-apa pun diharap Wenger ada perancangan tersendiri macam mana nak bentuk budak ni. Rugi lah kalau hebat macam mana pun tapi kalau ada masalah sikap tak gua jugak.

Sumber: The Mirror




0 comment(s):

Post a Comment