Tuesday, November 22, 2011


Robin van Persie telah menjaringkan 31 gol dalam 29 perlawanan untuk tahun 2011 dan beliau perlu jaringkan enam gol lagi bagi mengatasi rekod sebelum ini yang dicipta oleh Alan Shearer iaitu 36 gol pada tahun 1995. Namun, van Persie hanya ada tujuh perlawanan lagi untuk berbuat demikian sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai.

Dua gol dijaringkan ketika menentang Norwich pada Sabtu lepas telah meletakkan nama van Persie diantara pemain yang berjaya menjaringkan lebih 30 gol dalam satu tahun kalendar. Beliau menjadi pemain keempat yang berjaya berbuat demikian disamping Alan Shearer ketika bersama Blackburn (1994, 41 perlawanan 30 gol) & (1995, 45 perlawanan - 36 gol), Les Ferdinand bersama QPR & Newcastle (1994, 37 perlawanan 30 gol) dan Thierry Henry (2004, 39 perlawanan 34 gol).

Menurut Martin Keown, penyerang sensasi Arsenal ini berjaya jaringkan gol yang banyak kerana beliau semakin berkeyakinan untuk membuat percubaan menggunakan kaki kanan beliau. Jumlah gol yang dijaringkan dengan kaki kanan van Persie sepanjang karier bersama Arsenal adalah 22 gol, dimana separuh daripadanya dijaringkan pada tahun 2011.

Keown yang masih bermain untuk The Gunners ketika van Persie mula menyertai Arsenal pada tahun 2004 mendedahkan bahawa Arsene Wenger pernah mengatakan bahawa van Persie adalah pemain yang sangat kidal dan beliau tidak pernah bekerja dengan pemain sekidal ini. Ianya menjadikan sudut percubaan kearah gol menjadi terhad dan kurang efektif apabila setiap kali peluang yang ada beliau akan gunakan kaki kiri.

Kini terbuktilah van Persie adalah penyerang bertaraf dunia apabila boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan dengan cara apa sekalipun. Ambil contoh gol melalui sudut sukar ketika menentang Barcelona musim lepas dan rembatan deras ketika menentang Charlton beberapa tahun lepas.



Kunci kepada persembahan cemerlang ini menurut Keown adalah van Persie bebas dari kecederaan. Ketika cergas, van Persie semakin pantas, lincah dan kakinya kuat membuat rembatan padu.

Keown menyatakan:
Now he is fit, we are seeing two main differences. Firstly, he is so much faster as he is fit enough to commit to runs time and time again. He needs to be 100 per cent fit to use that pace and he wasn’t at the World Cup in 2010. Secondly, he is generating much more power. Think of his hat-trick goal at Chelsea and how hard he hit the ball. He is now in full flow.

Selain itu, van Persie kini lebih gembira diatas padang apabila nyata sekali beliau menjadi pemain paling utama The Gunners  dan bebas dari hidup dibawah bayangan Thierry Henry dan Cesc Fabregas yang merupakan watak penting Arsenal sejak sekian lama. 

Sumber: The Mail

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment