Wednesday, November 16, 2011


Jack Wilshere dikatakan menjadi sasaran jangka masa panjang Real Madrid. Menurut akhbar Marca, bintang muda England dan Arsenal ini tersenarai dalam senarai pendek lima pemain yang dikehendaki Real Madrid menjelang tahun 2014.

Media pro Real Madrid itu telah melaporkan bahawa anggaran £25juta akan disediakan bagi mendapatkan pemain-pemain muda terbaik sekitar Eropah untuk menyertai mereka di Santiago Bernabeu. Kelab gergasi Sepanyol itu nampaknya tidak mahu lagi membeli bintang ternama, sebaliknya membawa masuk bakat muda dan membentuk pemain-pemain tersebut dengan cara mereka.

Namun begitu Arsenal tidak mungkin sama sekali akan menjual pemain muda berbakat besar ini ditambah pula Wilshere sendiri sudah berjanji untuk kekal bermain untuk The Gunners sepanjang kariernya. Tidak mungkin pemain ber'DNA' Arsenal ini akan pergi meninggalkan kita semua.

Selain itu, pemain yang turut tersenarai dalam senarai pendek Real Madrid adalah pertahanan Bayern Munich - Rafinha, pemain sayap Athletic Bilbao - Iker Muniain, pemain forward Lille - Eden Hazard dan pemain forward Borussia Dortmund - Mario Gotze.

Sumber: The Mirror

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment