Friday, November 11, 2011


Francis Coquelin adalah salah seorang lagi pemain yang sedang mempertimbangkan masa depan beliau bersama Arsenal setalah tidak banyak diberikan masa bermain. Beliau hanya membuat penampilan sebanyak 5 kali sahaja pada musim ini dan beliau akui akan tinggalkan Emirates Stadium Januari depan jika situasi masih tidak berubah.


Pemain kebangsaan Perancis bawah 21 tahun ini mempamerkan aksi yang memberansangkan ketika dipinjamkan kepada kelab Ligue 1, Lorient musim lepas. Beliau turut menunjukkan tanda-tanda bakal menjadi pemain yang bagus jika diasah bakatnya ketika diturunkan menentang Man Utd dan Tottenham walaupun Arsenal tewas pada kedua-dua perlawanan tersebut.

Bermain sebagai defensive midfielder, Coquelin beranggapan beliau akan dapat banyak peluang bermain jika terus kekal bersama Arsenal namun ianya hanya ketika midfielder lain digantung perlawanan atau mengalami kecederaan tetapi bila pemain tersebut kembali, beliau terpaksa berehat kembali dibangku simpanan.

Coquelin berkata:
It is often said that when you are young you have time but I played a whole season at Lorient and now I'm virtually not playing at all. It's annoying.Given my playing time here, the idea of a departure this winter is in my head for sure.

Bagi aku, pemain menyuarakan ketidak puasan hati bila tak dapat peluang bermain adalah perkara yang normal. Sama seperti situasi Szczesny musim lepas. Apa yang perlu lakukan adalah tingkatkan prestasi beliau dan gunakan peluang yang diberikan dengan baik jika ada. Beliau mungkin boleh menjadi backup yang baik untuk Alex Song memandangkan Emmanuel Frimpong yang memilih untuk mewakili Ghana, bukan England.

Sumber: The Sun


Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment