Friday, November 18, 2011


Robin van Persie adalah penjaring terbanyak liga buat masa ini dengan menjaringkan 11 gol dalam 11 perlawanan. Pada tahun ini sahaja beliau telah menjaringkan 29 gol dalam 28 perlawanan liga dan bila penghujung tahun tiba, bilangan gol tersebut pasti akan bertambah. Di dalam DVD 100 gol beliau, van Persie telah mendedahkan bagaimana beliau boleh mempamerkan aksi yang cemerlang sebegitu rupa.

Menurut van Persie, Arsene Wenger banyak membantu dalam perkembangan karier bolasepak beliau dan pemain berusia 28 tahun ini sangat berterima kasih kepada pengurus pasukannya itu. Wenger telah membentuk beliau dari pemain mentah ke seorang penyerang bertaraf dunia.

Van Persie turut mendedahkan perbualan beliau dengan Wenger yang sangat memberi kesan terhadap perjalanan kariernya itu.

Ketua pasukan kita ini dipetik berkata:
I'm so thankful I met him. When I was 20 he asked me, 'Why are you not a top player yet?' I said 'Because of this, this and this.' He told me to think about the reasons why and a couple of years later asked me again, 'Are you a top player?' I again said, 'No, I don't think so.' And he said, 'Why not? Think about it.

Seperti seorang sifu didalam cerita kung fu, Wenger sentiasa menyuruh van Persie mencari jawapan kepada persoalan tersebut dan akhirnya beliau sedar apa yang perlu beliau lakukan.

Van Persie menambah:
It was then I started to realise. He gave me a little bit of advice on certain things I was doing. He told me to think more about my actions. It was a conversation which lasted a year. Every couple of weeks he would refer to that conversation we had. He was giving me proof as well so I could go on and find my answer and I was finding answers all the time. He helped me big time.

Selain pengaruh dari Wenger, van Persie turut memberi penghormatan kepada Theo Walcott yang turut membantu sebahagian dalam rekod jaringannya tersebut.

Bercakap mengenai rakan sepasukannya itu, beliau dipetik berkata:
After every single goal, people ask me, ‘Who gave the assist?’ I just say, ‘Who do you think?’ We have that connection. I know what he is going to do, which is very important.

Sehingga ke saat ini, van Persie telah menjaringkan 108 gol dalam 246 perlawanan sepajang karier beliau bersama Arsenal sejak berpindah dari kelab asal Feyenoord pada tahun 2004 dengan yuran perpindahan hanya £2.75juta.

Antara gol yang menjadi pilihan van Persie adalah ketika menentang Barcelona musim lepas dan apa yang meninggalkan kesan mendalam terhadap beliau adalah ketika melihat penyokong meraikan gol tersebut. Beliau berasa gembira apabila dapat menggembirakan para penyokong.

Van Persie berkata:
I’ve seen images of fans celebrating that win. It just makes me really happy to see that. There’s one picture in my mind of a fan dressed up with Arsenal shirt on, a hat on and he was just screaming it out! It was like the best moment of his life. It made me so happy. You could see what it meant to him and it made me even more happy to see that.

Walaubagaimanapun, pemain yang asalnya bermain dibahagian sayap ini menerangkan betapa sukarnya untuk terus menerus menjaringkan gol dalam setiap perlawanan seperti yang diharapkan.

Tambah beliau lagi:
For people on the outside it might look as if I'm going to score because I've been scoring the last couple of weeks. But for me I'm in a different vibe. I still have to do it. I have to find the solution to score which is completely different and quite hard. But when you're in the vibe and only need one or two chances to score, that's the best feeling that a footballer can have.

Tagged: ,

2 comments:

  1. van persie mmg terbaik..tapi di sebalik semua tu mmg wenger patut dpt lebih kredit & penghargaan.

    ReplyDelete