Wednesday, November 16, 2011


Presiden kelab Perancis tersebut, Jean-Louis Triaud telah mengakui bahawa beliau sedang cuba dapatkan kembali bintang mereka, Marouane Chamakah. Bordeux dikatakan turut berminat jika dapat meminjam pemain tersebut, selain dikaitkan dengan minat dari Sevilla sebelum ini.

Triaud dipetik berkata:
In the last two months I have been leaving messages with Marouane. I also left messages with Arsene Wenger but I got no answer. His silence shows probably that he still hopes he will make it at Arsenal.

Mungkin betul Chamakh tidak membalas mesej Triaud kerana masih berharap dapat menemui sentuhan asal beliau dan mungkin juga Wenger berdiam kerana masih belum buat keputusan samada mahu menjual atau mengekalkan penyerang itu. Pada pendapat aku, keputusan Wenger tersebut bergantung samada Arsenal berjaya dapat pengganti Chamakh, kemudian baru lah memutuskan jual atau tidak.

Pemain kebangsaan Maghribi tersebut sedang bergelut dengan masalah kecederaan lutut dikatakan turut mengalami rasa kecewa kerana kurang peluang bermain dalam kesebelasan utama.

Berikutan dengan persembahan yang tenggelam dan masalah kecederaan seperti dinyatakan, Arsenal dikatakan bersedia melepaskan pemain itu dengan nilai £6juta pada Januari akan datang.

Nampaknya Arsenal sudah dapat keuntungan disitu kerana Chamakh didapatkan secara percuma pada musim lepas, jaringkan beberapa gol penting dan sekarang mungkin dibenarkan pergi selepas prestasi merosot.

Sumber: The Mirror, Sky Sports
Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment