Thursday, November 10, 2011


Khabar angin ini nampaknya agak meyakinkan apabila Arsene Wenger telah menghantar individu berpengaruh iaitu chief scout Steve Rowley ke Jerman untuk memantau dan membuat penilaian terhadap Goetze ketika Borussia Dortmund menentang Olympiakos dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah pada Selasa lepas.

Wenger yang sudah melihat sendiri aksi cemerlang pemain kebangsaan Jerman ini ketika Arsenal bertandang ke  BVB Stadion dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah yang berkesudahan seri 1-1 pada bulan September yang lalu. Le Prof juga berpeluang untuk menilai sekali lagi Goetze apabila Dortmund pula akan bertandang ke Stadium Emirates pada 23 November ini.

Arsenal dan Dortmund boleh dikatakan mempunyai hubungan yang baik dalam urusan jual beli pemain dimana sebelum ini sudah dua pemain Dortmund berjaya dibeli iaitu Jens Lehmann dan Tomas Rosicky.

Persoalannya sekarang, adakah Arsenal bersedia untuk memecahkan rekod pembelian pemain untuk dapatkan Mario Goetze? Ini kerana attacking midfielder ini dinilai £20juta oleh Dortmund. Ramai pihak berpendapat Arsenal tidak akan menurut harga yang ditetapkan kelab Jerman itu, namun Goetze tetap menjadi target utama Wenger.

Arsenal dikatakan sudah bersiap sedia untuk membida Goetze pada Januari depan, akan tetapi tidak dapat dipastikan samada Dortmund mahu menjual bintang muda mereka itu pada pertengah musim. Oleh itu, jika Arsenal gagal untuk bawa masuk Januari depan, Wenger akan cuba lagi pada penghujung musim ini.

Walaupun begitu, the Gunners akan menghadapi banyak saingan untuk dapatkan bakat besar ini, terutama sekali dari kelab elit Eropah yang lain. Kemungkinan besar Arsenal tidak dapat bersaing dengan kelab-kelab tersebut teruma sekali apabila dibandingkan kuasa kewangan diantara mereka.

Sumber: The Mail

Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment