Wednesday, November 23, 2011


Tottenham Hotspur kini berada ditangga ketiga dalam carta liga dengan tiga mata didepan Arsenal dan kurang satu perlawanan. Oleh yang demikian menyalaklah penyokong-penyokong Spurs yang sudah lama duduk dibawa bayang-bayang Arsenal.

Tidak ketinggalan di twitter juga, penyokong Spurs yang menjadi follower Jack Wilshere turut sama menyalak keseronokan seperti saingan liga sudah tamat. Menyampah dengan perangai penyokong Spurs tersebut, Wilshere telah mengajak mereka bertaruh dimana jika Spurs menamatkan saingan liga diatas Arsenal, beliau akan menguarkan wang sebanyak £3,000 untuk tujuan amal. Jika sebaliknya mereka perlu mengumpul wang atas tujuan yang sama.

Wilshere menyatakan menerusi twitter:
All Spurs fans buzzing that they are ahead of us in the league (for once). It's a marathon, not a sprint! I tell you what at the end of the season if Spurs finish above Arsenal I will give £3000 to charity. If Arsenal finish above Spurs every Spurs fan that follows me must send me a pound each and I will give it to @Jack_Marshall_ charity! Do we have a deal THFC fans!?

Pertaruhan Wilshere dengan penyokong Spurs ini mendapat restu dari Arsene Wenger kerana ianya bertujuan untuk membuat amal kebajikan.

Wenger dipetik berkata:
Jack made a contest. I hope the charity will get a lot of money because Tottenham have a lot of fans.

Untuk rekod, The Gunners tidak pernah menghabiskan saingan liga dibawah Spurs sejak Arsene Wenger menjadi pengurus Arsenal pada 1996. Kali terakhir Spurs berada diatas Arsenal setelah tamat saingan liga adalah pada musim 1994/95. Pada musim tersebut mereka menduduki tangga ke-7 sementara Arsenal ditangga ke-12.

Sumber: The Sun
Reaksi anda:

2 comments:

  1. agak itu mkan fans spurs... xhbs pon liga dah blgak....

    ReplyDelete