Wednesday, November 16, 2011


Joel Campbell telah menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan diantara Costa Rica dan Sepanyol yang berlansung pada pagi tadi. Penyerang muda Arsenal itu menambah gol ke-dua Costa Rica yang pada mulanya mendahului 2-0, akan tetapi Sepanyol berjaya mengikat kedudukan diminit-minit akhir menjadikan keputusan seri 2-2.

Bintang Costa Rica ini menyertai Arsenal pada bulan Ogos lepas tetapi terpaksa dipinjamkan ke kelab Lorient di Perancis kerana tidak diluluskan permit kerja di England bagi membolehkan beliau bermain di Liga Perdana Inggeris.

Di Lorient beliau telah menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan sementara pada peringkat kebangsaan beliau pula beliau telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh penampilan.

0 comment(s):

Post a Comment