Sunday, November 13, 2011


Sekali lagi penyerang perasan world class ini menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali menyarung jersi Arsenal pada musim hadapan selepas tempoh pernjanjian pinjaman di Sunderland berakhir. Bendtner tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal berikutan kurang jaringkan gol dan sering dilanda masalah kecederaan.

Walaupun begitu, Bendtner percaya peluang bermain yang diberikan di Sunderland serta mewakili Denmark akan menaikkan semula nama beliau dan pasti akan ada sebuah kelab yang layak beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah mahukan khidmat beliau.

Bendtner dipetik berkata:
As I have said before, I will not return to Arsenal. I never really got the chance and then I was unfortunate with injuries. But now I will hopefully have a good season at Sunderland and with a fantastic European Championship ahead, it looks positive. I want to play in the Champions League.

Dengan kenyataan tersebut maka aku tak rasa Wenger pun masih nak simpan pemain yang banyak bercakap tapi kurang jaringkan gol ini. Katanya tidak diberi peluang, sedangkan sebelum ini sudah banyak peluang diberikan. Paling tidak dilupakan ketika menentang Barcelona musim lepas apabila Bendtner melepaskan peluang keemasan beliau untuk jaringkan gol yang menyebabkan Arsenal tidak layak ke pusingan seterusnya.

Sumber: Sky Sports

0 comment(s):

Post a Comment