Friday, July 30, 2010

Fabregas masih mahu memenangi kejuaraan bersama Arsenal
Ketua pasukan Cesc Fabregas akhirnya mengeluarkan kenyataan selepas lama berdiam diri. Beliau memberitahu sebuah majalah Sepanyol, DIR Emotions:
"Saya dari Barcelona. Saya seorang ahli kelab, bersama datuk, pakcik dan sepupu saya. Saya telah merasakan warna (biru dan merah) itu sejak kecil lagi. Saya berbangsa Catalan, Saya dari Arenys, Saya bermula melalui sistem pemain remaja Barcelona."
"Walaubagaimanapun, saya adalah ketua pasukan Arsenal. Saya adalah seorang Gunner dan disitulah (North London) yang menjadikan saya seorang pemain dan insan yang matang" 

Fabregas turut mengakui perbualan terakhir beliau dengan Arsene Wenger tempoh hari adalah saat yang paling sukar pernah beliau rasai. Beliau juga memberikan pandangan beliau terhadap Wenger.
"Dia adalah bapa kedua saya, seorang yang paling penting dalam hidup saya selepas bapa kandung saya. Dia sentiasa memberi dorongan dan menganggap saya sebagai anak. Saya adalah salah seorang dari keluarganya."
"Dia tidak mahu saya pergi. Perbualan terakhir saya dengannya di London tempoh hari adalah saat yang paling sukar untuk saya lalui. Saya rasa amat terharu."
Selain itu, Fabregas turut bercakap tentang pemain-pemain Barcelona yang secara umumnya meluahkan keinginan mereka untuk bermain bersama beliau di Nou Camp. Secara asasnya, Fabregas menerangkan mengapa mereka berbuat demikan. Fabregas nak jaga nama baik kawan-kawan beliau yang busuk perangai itu. 

Walaupun enggan mengulas lanjut tentang masa depan beliau, temubual tersebut diakhiri dengan kata-kata hikmat ketua pasukan kita iaitu:
"Saya mahu menyambung berjuang untuk setiap kejuaraan, terutama sekali Liga Juara-juara Eropah, kerana saya adalah pemenang."

Laporan asal: Mirror Football

1 comment:

  1. Hello Dear, are you actually visiting this web site regularly,
    if so then you will definitely obtain good know-how.
    Here is my page : transfer news central facebook

    ReplyDelete