Wednesday, November 16, 2011


West Ham dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain yang prestasinya jatuh merundum ini menerusi perjanjian pinjaman namun hasrat pengurus mereka, Sam Allardyce, tergendala selepas Arsenal hanya mahu menjual terus pemain tersebut.

Sebab utama Squillaci tidak mahu dipinjamkan adalah kerana menurut peraturan FIFA, seseorang pemain itu hanya boleh didaftarkan pada dua kelab sahaja dalam satu musim. Jika beliau didaftarkan bermain untuk West Ham, ianya akan menghalang mana-mana kelab untuk membida Squillaci pada Januari akan datang - melainkan mereka juga yang membeli pemain kebangsaan Perancis tersebut.

Namun kemungkinan untuk West Ham membuat bidaan adalah sangat rendah memandangkan mereka tidak mampu membayar gaji Squillaci di Stadium Emirates iaitu dalam lingkungan £40,000 seminggu.

Pada musim panas yang lepas, kecederaan dibahagian peha telah menghalang perpindahan pemain berusia 31 tahun ini ke kelab lain.

The Hammers sedang giat mencari pengganti pemain pertahanan mereka iaitu Winston Reid yang mengalami kecederaan dibahagian bahu.

Sumber: The Sun

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment