Wednesday, November 9, 2011


Buat masa ini Arsenal hanya ada tiga pemain yang betul-betul bermain di posisi penyerang. Mereka adalah Robin van Persie, Marouane Chamakh dan Park Ju Young. Dengan ketiadaan Chamakh yang akan mewakili pasukan kebangsaannya pada kejohanan Africa Cup Nations Februari depan, jelas sekali Arsenal perlukan penyerang yang mampu membolosi pintu gol lawan.

Walaupun begitu, Wenger menolak desas desus yang mengatakan beliau terpaksa mencari penyerang baru bagi menghadapi situasi terdesak yang akan datang dan menegaskan bahawa beliau sudah berpuas hati dengan skuad yang ada sekarang.

Wenger dipetik berkata:
At the moment I have a big squad and we need to keep them all fit and motivated. I feel as well that you can count Gervinho and Walcott as strikers. Many times in press conference people ask me why we don’t play Walcott in the middle so he can play there if we need to do it.

Kenyataan ini seolah-olah memberi petunjuk bahawa Theo Walcott mungkin akan diletakkan sebagai penyerang jika keadaan memerlukan dan ianya pasti menggembirakan pemain sayap England ini yang sudah lama mengidam akan posisi tersebut.

Mungkin inilah peluang Walcott untuk menjejak langkah seperti hero beliau iaitu lagenda Arsenal, Thierry Henry.

Sumber: Arseblog News

0 comment(s):

Post a Comment