Wednesday, November 16, 2011


Pemain tengah Marseille ini seakan memberi petanda beliau berminat untuk berpindah ke Stadium Emirates. Lucho Gonzalez telah mendedahkan bahawa beliau mungkin akan meninggalkan kelab Perancis itu pada Januari depan jika tawaran sesuai diberikan.

Lucho Gonzalez ketika menjawab spekulasi ini berkata:
Arsenal? It’s a great club who we have already played twice in this season’s Champions League. I feel I will continue at Marseille because I have signed a contract here, but it all depends on the offers and Marseille’s interest. If there is a good club that comes in for me then what will happen remains to be seen.

Pada bulan Ogos lepas, pengurus Marseille, Didier Deschamps mengesahkan bahawa Arsene Wenger berminat untuk meminjam pemain berusia 30 tahun itu, namun ditolak oleh mereka. 

Selain Arsenal, beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke AS Roma dan Fiorentina di Itali.

Walaubagaimanapun, aku berpendapat Wenger takkan membida Lucho Gonzalez pada Januari depan kerana beliau hanya ingin meminjam pemain tengah yang berpengalaman ketika itu (Ogos lepas) dan pemain kebangsaan Argentina itu berada dalam senarai Le Prof. Oleh kerana Marseille menolak tawaran Wenger, Arsenal telah beralih kepadaYossi Benayoun.

Sumber: The Mirror

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment