Tuesday, November 15, 2011


Penyerang sensasi Hannover ini mengakui bahawa beliau berminat untuk mencuba kemampuan diri di Liga Perdana Inggeris. Mohammed Abdellaoue, pemain kebangsaan Norway berketurunan Morocco ini sudah menjaringkan 12 gol dalam 17 perlawanan musim ini buat kelab Bundesliga tersebut.

Abdellaoue telah menarik minat beberap scout kelab dari England musim ini dan Arsenal dikatakan salah satu kelab yang berpotensi mendapatkan khidmat penyerang berusia 26 tahun ini.

Kontrak Abdellaoue hanya akan tamat dalam masa dua tahun lagi dan beliau hanya menyerahkan segala urusan  penyambungan kontrak baru ataupun perpindahan kepada ejen beliau. Buat masa ini beliau hanya mahu menumpukan perhatian dengan bermain bolasepak sahaja.

Bercakap mengenai kemungkinan bermain di England, Abdellaoue dipetik berkata:
I feel like I am playing well in Germany against a lot of good defences. I look at how the Premier League is and you never know before you try it but I have confidence in myself and big belief so if something happens you never know.

Sumber: The Mirror

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment