Tuesday, November 15, 2011


Selepas Arshavin, Coquelin dan Bendtner, kini ini Lukasz Fabianski pula dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Arsenal memandangkan jarang diturunkan dalam kesebelasan utama. Beliau mahukan lebih aksi bagi menjamin tempat dalam pasukan kebangsaan Poland pada kejohanan Euro2012 yang bakal berlansung pada musim panas ini di Poland dan Ukraine.

Fabianski telah kehilangan tempat beliau kepada rakan senegara yang lebih muda lagi iaitu Wojciech Szczesny dan tempat penjaga gol muda itu sukar digugat bukan sahaja di Arsenal, malah didalam pasukan kebangsaan Poland juga. Ini kerana Szczesny menggunakan peluang yang ada serta berjaya mengekalkan aksi yang baik setiap kali turun beraksi. 

Pada musim ini, Fabianski hanya diberi peluang bermain dalam dua perlawanan Carling Cup sahaja dan beliau bersedia untuk keluar meskipun hanya dipinjamkan ke kelab lain. Ianya semata-mata mahu mencerahkan lagi peluang beraksi dalam kejohanan peringkat antarabangsa yang julung kali diadakan dihalaman sendiri itu.

Beliau dipetik berkata:
I want my situation to be resolved in the nearest future because I want to play at Euro 2012. I hope Wenger will understand me and we find a solution. I want to play for Arsenal but if not, I will have to go somewhere else, even if it is on loan.

Tidak mungkin Wenger akan membenarkan Fabianski pergi dari Arsenal pada pertengahan musim ini memandangkan kita perlukan backup yang cukup bagus buat Szczesny. Kemungkinan untuk Szczesny tercedera itu ada, seperti pada musim lepas. Arsenal perlu sentiasa bersedia kerana dengan adanya Vito Manonne seorang masih belum cukup selamat bagi mengelakkan ketiadaan penjaga gol nanti. Sementara itu, penjaga gol pilihan ketiga, Manuel Almunia sudah dipinjamkan ke West Ham.

Sumber: The Sun

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment