Wednesday, November 30, 2011


Kita kalah pada perlawanan pagi tadi tapi persembahan pemain-pemain backup kita harus dipuji. Hanya pengalaman yang membezakan skuad Arsenal dan Man City yang dibina dengan jutaan ringgit. Man City berjaya menjaringkan gol melalui serangan balas yang mana gol tersebut merupakan satu-satunya sepakan tepat kearah pintu gol Arsenal.

Perlawanan pagi tadi juga menyaksikan kepulangan pertama kali Samir Nasri ke Stadium Emirates selepas berhijrah ke Man City pada musim panas lepas. Seperti yang dijangka, Nasri mendapat cacian bertubi-tubi penyokong Arsenal yang masih tidak dapat memaafkannya. Pemain kebangsaan Perancis itu melabel penyokong Arsenal sebagai 'disrespectful' atau 'tidak menghormati' selepas mereka menyuarakan kekesalan berikutan Nasri ingin berpindah ke pasukan rival 'big four'.

Tidak ketinggalan juga menyuarakan kekesalan adalah Emmanuel Frimpong yang menyifatkan Nasri sebagai seorang yang tamak apabila sanggup meninggalkan Arsenal bagi meraih gaji £180,000 seminggu yang diberikan oleh Man City. Frimpong pernah membuat kenyataan dalam akaun twitter beliau - 'duit adalah akar segala kejahatan'.

Dan ketegangan telah berlaku apabila mereka berdua bertembung pada perlawanan pagi tadi. Jurucakap Arsenal mengakui bahawa Frimpong dan Nasri ada bertelagah dalam terowong tetapi tiada kekasaran berlaku.

Jurucakap tersebut dipetik berkata:
Words were exchanged. That was that. There were no punches thrown, but there was a lot of noise. Sami was speaking in French, Manny wasn't. But they didn't even touch. It was handbags.

Sumber: The Mirror

3 comments:

  1. mmg dasar penakut. tak berani nak ckp english takut kena beduk ngan frimpong

    ReplyDelete
  2. memanng patut pun..dia pindah. arsenal kn kelab freemason

    ReplyDelete