Tuesday, November 15, 2011


Sejak kebelakangan ini media di England menghebohkan bahawa penyokong Arsenal telah bosan menyokong dan tidak mahu ke Stadium Emirates lagi. Laporan The Sun mengatakan banyak ruang kosong didalam stadium dan penyokong tidak mahu lagi bersorak memberi semangat kepada pasukan. Benarkah penyokong Arsenal dah tak ada keghairahan?

Entri kali ini aku cuma nak ceritakan mengenai seorang Gooner sejati yang sangat hardcore. Anthony 'Arsenal' Hall ataupun lebih mesra dipanggil Bully mula dikenali di North London selepas van Persie memberikan jersi beliau kepada penyokong fanatik itu sejurus tamat perlawanan menentang Chelsea tempoh hari.

Jersi tersebut sangat bermakna apabila ianya terukir dengan kenangan manis menewaskan Chelsea 3-5 ditempat lawan ditambah pula van Persie menjaringkan hat-trick. Selain itu beliau juga mempunyai koleksi lain seperti jersi Jack Wilshere dan sepasang but van Persie.

Bully juga menukar nama tengah beliau dari Edward kepada Arsenal hanya kerana tidak mahu sama dengan bekas pemain Tottenham & Man Utd iaitu Teddy Sherringham (Edward Paul "Teddy" Sheringham). Beliau turut mempunyai tatoo Arsenal di dada yang jelas sekali menyangkal kenyataan Samir Nasri yang mengatkan penyokong Arsenal tiada keghairahan.

Dalam temubual pertama ketika menyertai Man City, Nasri pernah berkata:
Arsenal have good fans but not that passionate since they moved from Highbury to the Emirates. I can see that the City fans are really passionate. They’ve got tattoos with Man City and that’s what I really like.

Bagi menghargai semangat penyokong seperti Bully, gambar beliau kini tergantung megah di pintu masuk Stadium Emirates.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment