Friday, November 11, 2011


Andrei Arshavin telah kehilangan tempat beliau dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini. Jelas sekali puncanya adalah kerana prestasi tidak konsisten yang dipamerkan beliau sendiri dan tidak dinafikan juga dengan kehadiran Gervinho yang banyak memberi impak semenjak menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Lille.


Secara umumnya, Arshavin adalah seorang yang berbakat besar, berkemahiran tinggi, larian solo yang menarik serta bijak membuat hantaran melalui visi beliau yang mampu menembusi pertahanan pihak lawan. Semua ini dipersembahkan Arshavin ketika bermain bersama Zenit St Petersburg, mewakili Rusia dan pada awal penyertaan beliau ke Stadium Emirates.

Mana perginya Arshavin yang dulu? Sebelum ini Arshavin ada juga bersuara melalui media menerangkan atas sebab kecederaan beliau tidak dapat beraksi dengan baik dan baru-baru ini beliau menjanjikan kepada penyokong bahawa kita semua akan lihat aksi yang lebih baik dari sebelumnya. Kali ini Arshavin bersuara lagi, tetapi beliau mempersoalkan falsafah Wenger.

Bercakap kepada akhbar Rusia, Sport Express, Arshavin berkata:
He has his own philosophy, a special Wenger look. He is not as stubborn as [Russia and former Zenit St Petersburg manager] Dick Advocaat, but he is perhaps more severe. When difficulties occur, nobody in Arsenal even considers going to him on matters concerning football to try and change something, everyone knows what the answer will be.

Mungkin betul Wenger ni degil tapi pada pendapat aku, kalau Arshavin pun dapat beraksi dengan baik, sudah pasti dia dapat bermain dengan kesebelasan utama dengan lebih lama. Tapi aku tak salahkan Arshavin jugak sebab beliau bukan seorang pemain sayap. Posisi asal Arshavin adalah attacking midfielder dibahagian tengah selain boleh beroperasi sebagai second striker. Lebih kurang macam posisi Fabregas yang link up dengan van Persie.

Aku rasakan Arshavin mungkin boleh kembalikan rentak permainan asal beliau jika diberi peluang bermain di posisi asal. Lihat saja ketika perlawanan Carling Cup menentang Bolton tempoh hari, Arshavin sangat cemerlang apabila bertindak sebagai playmaker dan bermain dibelakang Park Ju Young. Begitu juga ketika EURO 2008, Arshavin diletakkan dibelakang Pavlyuchenko dan kombinasi antara mereka sangat mantap.

Setakat ini Arshavin tidak fikir untuk menukar kelab, namun jika terus memanaskan bangku simpanan, beliau   mungkin mempertimbakan semula pendiriannya itu.

Tambah Arshavin:
I am not thinking about changing clubs. If I am on the bench for a very long time, then such an issue might be relevant. I still want to play for 90 minutes, but now I am glued to the bench.


Tagged: , ,

0 comment(s):

Post a Comment