Tuesday, November 8, 2011

Arsenal selamanya
Pemain ber'DNA' Arsenal ini telah berjanji akan terus kekal bersama skuad the Gunners sepanjang karier bola sepak beliau. Kenyataan ini telah keluarkan ketika Wilshere yang menghadiri sebuah rancangan tinju the Gladiators ditanya oleh penemubual Kugan Cassius jika dia boleh berjanji untuk kekal selamanya.

Kata Wilshere: 
I promise that, yeah. I’ve been at the club since I was nine and learned to love it. From the Vieira days, to Bergkamp, Fabregas, I’ve watched them come through and move on. There’s a crop of new players Ramsey, myself, Kieran Gibbs…hopefully we can really create something special. I love the club and I want to be part of its future. 

Sesungguhnya kenyataan pemain kebangsaan England yang baru berumur 19 tahun ini (tapi dah jadi bapak) menggembirakan seluruh peminat dan penyokong setia Arsenal yang sebelum ini pernah kecewa dengan bekas ketua pasukan Cesc Fabregas yang mempunyai kecintaan terhadap Arsenal tapi rindu untuk pulang ke kampung halaman. Situasi mungkin berbeza dengan Wishere yang sememangnya dibesarkan di tanah Inggeris ini.

Wilshere masih lagi berehat panjang akibat masalah kecederaan yang menghalang beliau untuk membuat sebarang penampilan musim ini. Beliau dijangka akan pulih sepenuhnya pada pertengahan Disember ini.


0 comment(s):

Post a Comment