Thursday, November 10, 2011


Posisi asal Andre Santos adalah dibahagian sayap, maka tidak hairanlah permainan beliau kelihatan sangat cemerlang ketika menyerang. Sememangnya bek kiri pasukan kebangsaan Brazil ini lebih gemar menyerang daripada bertahan. Ini adalah gaya permainan beliau yang sebenarnya.

Pada awal karier beliau bersama Arsenal, Andre Santos sering dikritik kerana kelihatan agak lemah ketika bertahan. Namun, beliau sebenarnya tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Ini kerana kekuatan beliau adalah ketika menyerang dan Wenger pasti dari awal lagi sudah tahu sedikit sebanyak tentang pemain yang ingin dibelinya itu.

Oleh kerana strategi beliau yang semakin nampak hasilnya ini, Wenger seperti membenarkan Andre Santos untuk terus mengekalkan gaya permainannya itu. Menurut Wenger, mempunyai bek yang boleh mencipta serangan adalah salah satu komponen untuk memenangai sesuatu perlawanan - contohnya pasukan kebangsaan Brazil.

Wenger menerangkan:
Take the Brazilian national team, the teams who have won, you will see that there is always two good full-backs. With two average full-backs they would not have won. They had Carlos Alberto, Roberto Carlos. Jorginho, Cafu.

Walaupun begitu, Wenger tetap merasakan bahawa Andre Santos masih perlu memperbaiki kemahiran bertahan beliau. Ini kerana seorang bek yang bagus, boleh bertahan dan menyerang dengan bagus.

Sumber: The Mail

Reaksi anda:

Tagged:

5 comments:

  1. so far, aku tengok santos banyak buat clean tackle dan hold ball dengan tenang, control ball ngan attacking superb, cuma lembab bila nak turun bawah..

    ReplyDelete
  2. bukan lembab nak turun bawah je.. kalau tgk game chelsea ari tu nampak sgt dia slow. taktau la sebab tak fit ke ape. selamba je sturridge tapau...

    ReplyDelete
  3. aku stuju ngn alkisah..santos mmg bgs bab tackle,myerang,ball control n passing.cuma dia lembab skit bila nk trun btahan n npk skit malas nk kejar pmain lwn bila dh kena tinggal

    ReplyDelete
  4. tuan rumah.bgsla dh update smula blog ni.dh lame aku tggu2 mana tuan rumah ni mhilang

    ReplyDelete
  5. haha sori la aku bz ngan keje.. xleh nk berblog dgn aman bila fikiran serabut pikir. tp skarang aku kembali. selalu2 lah datang. jangan lupa promote kt kawan2 skali. haha

    ReplyDelete