Tuesday, November 8, 2011

Lagenda Belanda, Ajax, AC Milan dan juga bekas pengurus skuad kebangsaan Belanda ini menasihatkan agar penyerang on-form kita, Robin van Persie supaya tidak meninggalkan Stadium Emirates.

"Van Persie mempunyai personaliti yang hebat, tokoh kempimpinan dan professional" - Van Basten
Beliau yang mempunyai hubungan yang baik dengan van Persie, menyatakan bahawa tiada kelab Eropah lain yang sesuai buat penyerang tersebut dan van Persie mungkin tidak akan dapat bermain dengan baik seperti mana bermain untuk Arsenal.

Menurut beliau, dalam arena bolasepak, tiada siapa yang lebih mengenali dan memahami van Persie selain Arsene Wenger. Pada pendapat aku jugak, corak permainan van Persie sudah diolah bersesuai dengan taktik yang Wenger gunakan sekarang. Walaupun begitu, kalau boleh aku nak jugak tengok macam mana van Persie main kalau Wenger gunakan taktik 4-4-2.

Van Basten juga menegaskan bahawa van Persie sudah berada di sebuah kelab bolasepak yang besar. Jika ditambah dengan beberapa pemain yang berkualiti bermain bersama, nescaya Arsenal mampu memperoleh kejayaan. Ini kerana, walaupun van Persie adalah pemain yang mempunyai kelas tersendiri, beliau tidak mampu melakukannya berseorangan.

Kecintaan dan kesetiaan van Persie pada Arsenal memang tidak dipersoalkan. Kini terpulang pada van Persie untuk memaksa secara tidak lansung agar pihak lembaga pengarah membuat pelaburan membawa pemain-pemain berkualiti ke Stadium Emirates.

Puji lebih-lebih ni nak ganti Arsene Wenger ke ape ni?
Tidak ketinggalan juga, van Basten turut memuji Arsenal terutama sekali bagaimana kelab ini beroperasi jika nak dibandingkan dengan kelab besar lain di England.

Van Basten berkata:
Chelsea have become a big club and have massive ­financial resources. Manchester City have ­become a big force and are richer than any other club. Manchester United and ­Liverpool have American owners. The amount of money which is flowing to these clubs for transfers is unbelievable. Arsenal operate differently. I admire that.

Beliau turut menambah:
And I still think Arsenal are the most beautiful club in ­England. At Man City and Chelsea, they will never have that class and style. Arsenal have the most ­amazing stadium, they have a style of play, they have a ­beautiful shirt – in every way I consider Arsenal as the ­ultimate football club. It is the club where Robin belongs.

Sumber: The Mirror

0 comment(s):

Post a Comment