Thursday, November 10, 2011


Lagi seorang bintang muda Jerman dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Steve Rowley yang dikatakan sedang memantau Goetze pada perlawanan Dortmund menentang Olympiakos tempoh hari turut tertarik dengan persembahan Grosskreutz yang menjaringkan satu-satunya gol tunggal perlawanan.

Kontrak pemain attacking midfielder ini bersama Dortmund akan tamat pada 2014 namun Grosskreutz mengakui berminat untuk berpindah ke England dan menyertai Arsenal dan dalam pada masa yang sama ejen beliau, Konstantin Liolios turut mendedahkan beliau mengetahui akan minat Arsene Wenger terhadap kliennya itu.

Grosskreutz dipetik berkata:
If I do ever leave Dortmund, I would like to go to the Premier League in England, and my favourite club there is Arsenal.

Aku setuju sangat Arsenal cuba dapatkan salah seorang pemain attacking midfielder Jerman yang masih muda ini sebagai pengganti Arshavin dan Rosicky yang dah nak pencen. Tak kiralah Marco Reus, Mario Goetze, atau Kevin Grosskreutz, janji beli. Tapi aku lagi prefer Goetze. Korang pulak macam mana?

Sumber: The Mail
Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment