Tuesday, November 1, 2011


Misi memburu slot ke pusingan kedua tampak lebih meyakinkan setelah berjaya memusnahkan "Stamford Bridge" pada hari sabtu yang lalu. Kejayaan menumbangkan Title Challenger dengan keputusan yang amat memberangsangkan oleh wira2 Gunners membuktikan pasukan didikan Wenger ini bakal mendominasi kempen 2011/12. Disebalik kemenangan besar ini, rata-rata para penyokong mengharapkan prestasi ini diteruskan awal pagi esok dengan kemenangan yang akan memastikan slot ke pusingan kedua.

Kehadiran kembali Verminator pasti akan menyuntik semula bahagian pertahanan yang nampak rapuh sehingga dibolosi dengan mudah oleh pasukan lawan. Sambil itu, para penyokong juga mengharapkan penampilan penuh oleh dua muka baru yang semakin meningkat naik prestasinya iaitu Park Chu Young & Alex-Oxlade Chamberlain berada dalam pasukan kesebelasan utama pada awal pagi esok. Dengan kehadiran mereka, akan dapat merehatkan sementara Captain RVP.

Sambil itu, Arsene Wenger manasihatkan para pemain agar berhati-hati ketika melayan kunjungan oleh anak didik Didier Deschamps.

"Marseille always make life difficult for teams in England, so let's be cautious, prepare well and
be completely focused tomorrow night," said Wenger.


Beliau juga menambah dengan kemenangan pada pagi esok akan memastikan slot ke pusingan kedua.

"Ten points would guarantee qualification but it would not guarantee first place," he added.
"You want to finish as high as possible but the first step is to qualify."


So, pada semua Gooners dan Gooneritas mari sama2 saksikan perlawanan ini

Tarikh : 2 November 2011
Masa : 3.45 pagi
Saluran : ASTRO 832 ESPN HD

thanks for reading!!!
COYG

0 comment(s):

Post a Comment