Wednesday, November 9, 2011


Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini khabar angin telah bertiup kencang mengaitkan pemain tengah Real Madrid iaitu Esteban Granero dengan perpindahan ke Stadium Emirates.

Namun begitu, Arsene Wenger akhirnya menyatatakan pada sidang akhbar baru-baru ini bahawa beliau tidak akan mendapatkan khidmat pemain yang dinilai £10juta tersebut. Secara ringkas Le Prof mengatakan beliau tidak berminat dengan bekas pemain kebangsaan Sepanyol bawah 21 tahun tersebut.

Ini telah membuka ruang kepada Valencia yang sedang dilanda masalah kecederaan untuk membida Granero yang semakin hampir untuk meninggalkan Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan Januari tahun depan.

Sumber: The Mirror

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment