Monday, July 26, 2010

Maarten Stekelenburg
Aku masih lagi dalam mood nak bincangkan pasal situasi penjaga gol Arsenal kerana posisi ini tersangatlah penting untuk di isi oleh seorang yang bukan sahaja berbakat besar malahan berpengalaman. Salah seorang calong yang perlu Wenger pertimbangkan adalah Maarten Stekelenburg.

Penjaga gol Ajax yang berusia 28 tahun ini membuat penampilan professional dan Ajax yang sulung seawal usia 19 tahun lagi pada 2002. Beliau beraksi sebanyak 10 kali dan turut menyumbang kepada kejuaraan liga untuk Ajax pada tahun yang sama. Dua tahun kemudian, Stekelenburg diberikan penampilan pertama untuk skuad Belanda oleh pengurus pasukan Marco Van Basten. Sehingga tahun 2008, penampilannya bersama skuad Belanda sangatlah terbatas kerana Edwin Van Der Saar masih lagi pilihan utama untuk posisi penjaga gol.

Stekelenburg diberikan tugas untuk menjaga gawang oleh pengurus Bert Van Marwijk setelah persaraan Van Der Saar dalam bola sepak antarabangsa sebaik tamatnya Euro 2008. Setakat ini, beliau telah membuat 34 penampilan untuk skuad Belanda dan aksi yang paling terkini adalah ketika perlawanan akhir Piala Dunia menentang Sepanyol pada 11 Julai lalu.

Aku memang berkenan betul kalau Stekelenburg sertai Arsenal berdasarkan aksi beliau pada Piala Dunia baru berlalu. Pada perlawanan akhir itu, Stekelenburg kelihatan sama hebatnya dengan Iker Casillas. Beliau hanya tewas dengan jaringan gol Andres Iniesta mulut busuk hasil hantaran Cesc Fabregas pada masa tambahan. Tidak lupa juga beliau berjaya menyelamatkan sepakan Fabregas dalam situasi satu lawan satu sebelum itu. Kalau tidak, sudah pasti Fabregas menjadi Hero Sepanyol dan bukan si Iniesta yang mulutnya patut disalotepkan.

Persefahaman antara pemain pertahanan dan penjaga gol adalah penting. Jangan lupa, Stekelenburg adalah rakan sepasukan Thomas Vermaelen ketika sama-sama beraksi untuk kelab Ajax. Sudah pastinya persefahaman antara mereka telah lama wujud. Ini memudahkan Stekelenburg menyesuaikan diri dengan corak permainan bermutu tinggi Liga Perdana Inggeris. Selain itu, Robin Van Persie turut sama boleh membantu beliau kerana mereka adalah rakan sepasukan dalam skuad Belanda.

Igor Akinfeev
Calon lain yang tidak kurang hebatnya jugak ialah Igor Akinfeev. Penjaga gol berusia 24 tahun ini dilihat beraksi dengan baik sekali untuk kelab CSKA Moscow dalam Liga Juara-juara Eropah dan untuk pasukan kebangsaan Rusia. Beliau turut menyatakan minat untuk menyertai Arsenal setelah diberitahu tentang keistimewaan kelab Arsenal dan Liga Perdana Inggeris oleh Andrey Arshavin. Bagi aku Akinfeev pun ok jugak daripada tiada pengganti baru jersi No 1 Arsenal. Perlu diingat, pembelian pemain-pemain seperti inilah yang dapat meyakinkan Cesc Fabregas bahawa Arsenal adalah kelab yang bercita-cita tinggi dan sentiasa bersaing untuk merangkul apa-apa kejuaraan.

Jikalau Wenger mengambil berat pasal perkembangan penjaga gol muda sepert Mannone dan juga Szczesny, pilihan terbaik ialah Stekelenburg. Ini kerana umur Stekelenburg sekarang adalah 28 tahun. Sebaik Szczesny yang dijangka bakal menyinar untuk Arsenal berumur 24 tahun, Stekelenburg pula sudah berumur 32 tahun. Katakanlah semuanya tidak berjalan lancar untuk Szczesny dan dia akhirnya adalah sama sahaja dengan Fabianski, atleast Arsenal masih boleh gunakan khidmat Stekelenburg beberapa tahun lagi tanpa ada masalah seperti sekarang.

Kamon lah Arsene Wenger, dapat kan Maarten Stekelenburg!

Saksikanlah top 10 persembahan Stekelenburg mengawal pintu gol nya.

.

Tagged:

2 comments:

  1. yeah..best post ni..tp lg best kalu AW dpt dgr, nilai dan bid stekeleburg ni.. aku suka mamat ni..n aku cnfident dgn player2 dr ajax..sistem mrk lbh krg sama dgn arsenal..mncari dan melahirkan ramai bintang yg x trnama pd awalnya.. aku rasa AW perlu dptkan sorg lg bek tgh n sorg keeper..

    ReplyDelete
  2. aku dengar rumours Wenger nak bid 4M untuk mamat ni

    ReplyDelete