Tuesday, November 8, 2011

Arsene Wenger percaya jika Arteta mempunyai pilihan untuk mewakili pasukan antarabangsa, sudah pasti beliau sudah mempunyai karier antarabangsa yang panjang dan berbeza dengan situasi sekarang.

Sukar bagi Arteta untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan Sepanyol
Sehingga ke waktu ini, Arteta masih belum pernah membuat penampilan bersama skuad senior Sepanyol berikutan saingan yang hebat untuk posisi tengah dalam pasukan antarabangsa tersebut. Seperti sedia maklum, Sepanyol mempunyai banyak pemain tengah yang berkaliber seperti Xavi Hernandez, Xabi Alonso, Marcos Senna, Cesc Fabregas, Sergio Busquets, Andres Iniesta dan lain-lain.

Menurut Wenger, mungkin silap Arteta ketika awal karier tidak berpindah ke kelab yang bercita-cita tinggi yang mana mampu menonjolkan lagi bakat beliau.

Walaupun Arteta kini sudah menyertai kelab besar seperti Arsenal, ianya mungkin sudah terlewat buat beliau memandangkan Sepanyol mempunyai masih banyak pemain yang boleh diketengahkan.

Wenger berkata:
If he was English he would have had an international career in England because we know him better than Spanish people know him.

Pada tahun lepas, Fabio Capello telah cuba untuk memanggil Arteta bermain untuk pasukan kebangsaan England memandangkan playmaker itu telah bermastautin di negara ini lebih dari lima tahun. Namun begitu, Capello dan FA England mendapati Arteta tidak layak kerana beliau pernah bermain untuk skuad Sepanyol dalam kejohanan European Championship bawah 16 tahun dan FIFA World Championship bawah 17 tahun.

Sumber: The Express

2 comments: