Sunday, September 19, 2010

Sangat mengecewakan, itu lah perasaan yang dirasai oleh setiap orang yang berkaitan dengan Arsenal FC. Baik dari penyokong, pemain, jurulatih, physio, pengurus, CEO hinggalah pengerusi. Bukan kerana keputusan seri adalah keputusan teruk, tetapi yang menyedihkan adalah apabila Arsenal hampir mendapat tiga mata penuh terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Kesebelasan utama yang diturunkan

Almunia
Sagna - Squillaci - Koscielny - Clichy
Song
Fabregas - Wilshere
Nasri - Chamakh - Arshavin

Pada perlawanan awal pagi tadi, Arsenal berada didepan se-awal minit ke-13 hasil dari usaha Fabregas yang cuba memberikan tekanan kepada Anton Ferdinand. Ianya berkesan apabila clearance Ferdinand terkena kaki Fabregas dan melantun kedalam gawang Sunderland dari jarak 30 meter. Walaupun gembira dengan jaringan gol pelik tersebut, ianya telah menyebabkan Fabregas mengalami kecederaan hamstring.

Alex Song perlu lebih fokus kepada tugas defensive midfielder
Pada minit ke-29, Fabregas terpaksa dikeluarkan kerana bimbang kecederaan yang dialami akan menjadi lebih teruk. Beliau telah digantikan dengan Tomas Rosicky yang menyambung tugas sebagai ketua pasukan. Tiada aksi menarik yang dipamerkan oleh Arsenal selepas itu dan Sunderland dilihat lebih banyak menguasai kawalan bola dan banyak melakukan serangan berbanding the Gunners.

Separuh masa kedua nampak lebih seimbang dimana kedua-dua pasukan saling melakukan serangan. Pada minit ke-55 Alex Song dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua atas kesalahan menghalang Steed Malbranque. Walaupun rentak permainan Arsenal tidak terjejas tetapi ianya akan menjadi lebih berkesan jika the Gunners bermain cukup sebelas pemain.

Arsenal sepatutnya telah memastikan kemenangan mutlak apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74 setelah Samir Nasri dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun Tomas Rosicky telah mensia-siakannya apabila beliau menyepak bola tinggi melepasi palang gol. Pada minit terakhir perlawanan, Darren Bent menghukum Arsenal apabila clearance yang cuba dilakukan Clichy terkena Koscielny lantas Bent merembat masuk kedalam gol Arsenal.

Rumusan

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pertembungan dengan Sunderland di tempat lawan adalah sentiasa merumitkan. Keputusan yang sama seperti dua musim lepas dimana jersi Arsenal juga berwarna kuning dan yang membezakannya ketika itu adalah Arsenal yang menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan menerusi tandukan Cesc Fabregas.

Keputusan perlawanan seperti inilah yang akan membuatkan kita semua berkata, "Kalau lah Arsenal menang dengan Sunderland pada awal musim lalu.." apabila cuma satu mata saja yang membezakan pasukan yang menjadi juara liga. Namun ketika itu, tiada guna lagi kita memikirnya melainkan kekecewaan yang tak sudah. Apakah punca Arsenal gagal mendapat tiga mata penuh dan salah siapa?

Ramai pihak yang menyalahkan pengadil dan tidak nafikan memang keputusan pengadil sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan perlawanan ini. Antara keputusan salah yang dibuat oleh pengadil adalah melayangkan kad kuning pertama kepada Alex Song, tidak menghadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Sunderland didalam kotak penalti dan tidak meniup wisel penamat secara tepat.

Adalah normal apabila kita merasa kecewa apabila keputusan pengadil tidak memihak kepada kita namun ada juga ketika keputusan salah pengadil memihak kepada kita. Situasi seperti ini tidak dapat dielakkan maka aku berpendapat memang keputusan pengadil tidak banyak memihak kepada Arsenal, tetapi ianya bukanlah punca utama atas semua ini.

Apa yang dapat aku fikirkan buat masa ini, terdapat dua cara untuk mengatasi masalah pengadil yang sering melakukan kesilapan. Pertama adalah dengan melaksanakan penggunaan tanyangan semula video. Kedua, pihak FA menurunkan pangkat pengadil yang banyak melakukan kesilapan ke liga bawahan untuk beliau menambah pengalaman.

Pada pendapat aku, Arsenal harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal beraksi dengan lebih baik dan banyak melepaskan peluang untuk berada dalam keadaan selesa. Antaranya adalah apabila rembatan jarak dekat yang dilakukan oleh Arshavin tersasar jauh, Chamakh gagal menyudahkan peluang menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu dan Rosicky yang menyepak tinggi sepakan penalti.

Walaupun Rosicky gagal menyempurnakan sepakan penalti, beliau tidak seharusnya dikecam kerana sesiapa saja boleh terlepas dari menjaringkan gol sepakan penalti tidak kiralah betapa hebatnya pemain tersebut kerana ianya adalah peluang 50-50. Jadi aku berpendapat pasukan Arsenal secara keseluruhannya patut melakukan lebih baik.

Namun, jika dilihat dari sudut positif, kita boleh nampak benteng pertahanan Arsenal semakin mantap. Pujian harus diberikan kepada Koscielny, Squillaci dan Manuel Almunia yang berjaya menghalang serangan bertali arus Sunderland. Jika mereka tidak beraksi dengan cemerlang, Sunderland mungkin berjaya mengutip tiga mata penuh dengan mudah.

Bagaimana pula dengan Wenger? Sebenarnya aku tidak pasti samada boleh kaitkan dengan Wenger atau tidak. Keputusan Wenger mengekalkan barisan pemain yang sama ketika perlawanan Liga Juara-juara Eropah tempoh hari boleh dikatakan tidak produktif. Ianya boleh menyebabkan pemain keletihan dan tidak dapat beraksi dengan baik.

Walaupun bermain dengan baik ketika dalam melakukan serangan, Alex Song nampak letih dan tidak selincah sebelum ini ketika bertahan. Beliau banyak melakukan kekasaran seteleh terlepas kawalan bola dan hampir mendapat kad kuning lebih awal apabila cuba menyekat pemain Sunderland dengan kaki beliau. Kad Kuning kedua pula akibat beliau menghadang Malbranque dengan badan setelah bola melepasi beliau.

Sementara itu Wilshere pula dilihat hilang punca dibahagian tengah. Apa yang boleh kita harapkan pada pemain berumur 18 tahun dan kurang pengalaman jika beliau dalam keletihan? Seharusnya Wenger melakukan sedikit rombakan pada barisan pemain. Mungkin beliau boleh menurunkan Denilson yang beraksi agak baik berbanding Wilshere. Rosicky berbanding Arshavin dan Eboue berbanding Nasri?

Walau bagaimanapun, aku bukanlah pakar dan Wenger lebih mengetahui pasukan yang diuruskan beliau. Semua ini hanyalah pendapat aku dan boleh jadi juga Wenger buat kesilapan kerana tiada siapa yang sempurna. Lebih elok jika kita tafsirkan ianya adalah salah percaturan dari Wenger. Adat permainan, kadangkala percaturan menjadi dan kadangkala tidak.

Perlu diingat, kita masih diawal musim dan Arsenal harus bangkit dan beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang. Pasukan-pasukan lain juga masih boleh drop points, jadi fokus dan konsentrasi setiap pemain adalah sangat penting agar kekecewaan ini tidak terbawa-bawa ke perlawanan seterusnya.

Aku masih lagi merasakan skuad Arsenal yang ada sekarang masih mampu bersaing untuk merebut sebarang kejuaraan kerana kita masih lagi ada van Persie, Walcott dan Ramsey yang sekarang ini sedang berehat akibat kecederaan. Jadi marilah kita berharap agar mereka cepat pulih dan tidak terus dihantui masalah kecederaan ini.

Rating Blog Arsenal Nombor Empat

Manuel Almunia (8)
Beraksi dengan cemerlang dan tidak banyak melakukan kesilapan dalam percubaan menyelamatkan keadaan.

Bakari Sagna (7)
Beraksi dengan baik.

Sebastian Squillaci (8)
Bertahan dengan cemerlang.

Laurent Koscielny (8) - Man of The Match
Bertahan dengan cemerlang dan banyak melakukan tandukan keluar dan terjahan tepat pada masa.

Gael Clichy (5)
Walaupun berjaya menanduk bola keluar didepan pintu gol, beliau masih melakukan kesilapan yang sering kita lihat. Gol penyamaan Sunderland juga hasil clearance tidak kemas beliau yang terkena Koscielny.

Alex Song (6)
Dilihat sering membantu barisan serangan dengan baik disamping tandukan beliau yang hampir menerjah gawang lawan namun beliau harus melakukan lebih baik ketika bertahan terutama sekali beliau menggalas tugas defensive midfielder. Beliau sepatutnya berhati-hati supaya tidak melakukan kekesaran setelah mendapat kad kuning pertama.

Cesc Fabregas (7)
Kita hanya dapat menyaksikan aksi ketua pasukan ini lebih kurang 30 minit tetapi ianya sudah cukup untuk kita lihat kesungguhan beliau mengasak dan memberi tekananan kepada pemain lawan. Ianya berhasil apabila beliau secara tidak sengaja telah menjaringkan gol tunggal Arsenal.

Jack Wilshere (5)
Lansung tidak menyerlah dan persembahan beliau tenggelam punca pada separuh masa pertama namun berjaya memperbaiki permaianan pada separuh masa kedua.

Samir Nasri (6)
Bukanlah aksi terbaik beliau.

Marouane Chamakh (6)
Melepaskan peluang menjaringkan gol ketika situasi satu lawan satu dengan penjaga gol namun semangat melawan beliau haruslah dipuji.

Andrey Arshavin (5)
Persembahan Arshavin musim ini amat membimbangkan kerana aksi beliau tidak konsisten. Pada perlawanan sebelumnya aksi beliau agak teruk pada suatu ketika tetapi berubah pada ketika lain. Namun pada perlawanan ini, persembahan beliau memang sampah!

Tomas Rosicky (7)
Walaupun terlepas sepakan penalti, beliau banyak membantu dalam jentera serangan Arsenal. Menggantikan tugas perancang dengan baik.

Denilson (6)
Sekurang-kurangnya persembahan beliau lebih baik dari Wilshere pada perlawanan ini.

Video Highlights

Tagged: , , ,

3 comments:

  1. salah players sendiri & takde luck...
    sunderland lagi banyak control game & worst player on the pitch, Song..
    sejak tukar rambot jadi rambot habuk kipas main teruk sial...
    sakit ati plak aku tgk...
    at least,kita bleh nampak improvement dari defence department(kecuali clichy) menghalang segala mcm jenis long ball dari sunderland yg selame ni mmg kelemahan arsenal..

    ReplyDelete
  2. Koscielny, Squillaci, Fabregas ngan Almunia je yang main bagus. yang lain macam taik. takde karakter nak jadi juara pun. Sampah!

    ReplyDelete
  3. ulasan yg baik..mlm td bknlah prmainan arsenal yg sebenar..bkn taik atau sampah, tp secara logiknya adlh keletihan..mrk pemain profesional, krg latihan atau krg rehat akan mnjejaskan prmainan mrk.. itu merupakan prkara yg mgkin bleh dijadikan alasan yg munasabah..n sbb terbesar mgapa arsenal draw ialah pgaruh judi, mgkin ramai yg x bleh trm atau x prcaya bila aku ckp arsenal draw, menang n kalah adlh faktor judi..bgitu juga dgn team2 lain..man u, chelsea, arsenal boleh klhkan siapa sj jika mrk mahu, tp disbbkan prkara ni kdg2 mrk bleh kalah atau seri dgn team2 cap ayam..siapa yg akan menang siapa yg akan kalah siapa yg akan juara semuanya sudah ditentukan..mgapa mrk ikutkan sgt khendak bookie2 judi yg nk mrk klh atau nak mrk menang..krn sbhgn besar sumber pndapatan club adlh drp judi ni, club x akan mampu mbayar gaji pemain puluhan ribu seminggu hnya dgn harga tiket n jualan produk club.. ini yg akan nampak n sekadar pndapat..

    ReplyDelete