Wednesday, September 8, 2010

Mail Online melaporkan Arsene Wenger sedang bercadang untuk mengrekrut seorang lagi pemain yang mempunyai DNA Barcelona. Beliau adalah Oriol Romeu yang baru berusia 18 tahun dan bermain di posisi tengah. Walaupun Romeu adalah pemain tengah yang serba boleh, posisi beliau yang lebih menonjol adalah sebagai defensive midfielder.

Romeu dikatakan bakal menjadi seperti Josep Guardiola pada masa akan datang
Romeu yang bermula dari akademi remaja Barcelona dibawa masuk kedalam skuad utama dan dikatakan bakal mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama, terutama sekali sebagai back-up kepada Sergio Busquets. Namun kini, peluang beliau menjadi semakin tipis setelah menjadi pilihan ketiga dengan kehadiran Javier Mascherano yang baru dibeli dari Liverpool.

Beliau masih belum berbincang dengan Barcelona untuk melanjutkan kontrak kerana dikatakan sedang menilai pilihan yang ada dan Wenger berpeluang untuk membawa seorang lagi bakal bintang masa hadapan keluar dari Nou Camp menuju ke Stadium Emirates.

Disini juga aku sertakan video aksi pemain muda dari Jepun yang bakal menandatangani kontrak professional bersama Arsenal apabila umur beliau mencapai 18 tahun pada Disember tahun ini. Beliau dilihat mempunyai gaya permainan seperti Cristiano Ronaldo iaitu cuba mengatasi pemain lawan dengan kemahiran teknikal yang tinggi.

Miyaichi sebelum ini dikatakan berada dalam radar beberapa kelab gergasi Eropah seperti Milan dan Ajax, hampir menghadapi masa depan yang gelap apabila kaki beliau patah sewaktu perlawanan percubaan bersama Ajax. Oleh kerana kecederaan tersebut, Milan dan Ajax telah menamatkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat bintang muda tersebut.

Namun setelah berjaya dipastikan kecederaan tersebut tidaklah seserius yang disangka pada awalnya, Arsenal telah membuat langkah awal dengan menawarkan kontrak untuk Miyaichi. Walau bagaimanapun beliau masih belum berjaya mendapat permit kerja untuk membolehkan beliau beraksi di England. Miyaichi hanya dibenarkan berpindah ke England untuk menyambung pelajaran dalam bidang bolasepak.


Tagged: , ,

2 comments:

  1. Aksi miyaici tu mmg bleh dibanggakan..sesuai utk brmain di arsenal..cme aku trfikir je skrg ni yg wenger sdg merekrut sorg lg prospect yg bakal mgalami kecederaan brlarutan.. sperti walcott n van persie,jatuh ckit lepak brminggu2.. miyaici jg bakal brhadapan dgn mslh ni jika x ditangani sebaiknya krn dia jg tlh mgalami kecederaan yg manakutkan milan n ajax..hnya wenger yg berani mgambil risiko ini ats alasan kecederaan x sprti yg digambarkan..ye mgkin benar kecederaan itu x teruk, tp faktanya adlh kecederaan..dan mgkin wenger melihatnya dari sudut yg brbeza, mgkin prjalanan miyaici masih jauh utk direkrut ke dlm squad, ats sbb itu wenger berani mgambilnya..hnya wenger yg tahu..kita sbg fan hnya tunggu, lihat dan teruskan sokongan..

    ReplyDelete