Thursday, September 16, 2010

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog ini. Maaf sebab tak dapat nak kemaskini blog atas sebab kesibukan menyambut hari lebaran yang mulia ini. Bagi perlawanan pagi tadi, aku tak dapat nak buat ulasan secara menyeluruh sebab aku tak tengok pun. Walau bagaimanapun aku akan membuat ulasan secara ringkas berdasarkan video highlights yang aku sertakan kat bawah post ni.

Barisan kesebelasan yang diturunkan

Almunia
Sagna - Squillaci - Koscielny - Clichy
Song
Fabregas - Wilshere
Nasri - Chamakh - Arshavin
(Formation ni aku agak je sebab aku tak tengok game ni live)

Arsenal memulakan permainan dengan baik sekali dan hampir mendapat gol awal apabila Arshavin membuat hantaran kepada Nasri yang kemudian membuat lorongan ketengah untuk disambar Chamakh, namun flick yang beliau cuba lakukan tidak menjadi dan Fabregas juga tidak sempat untuk membuat follow-up bola tersebut. Arsenal sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti apabila Fabregas dijatuhkan didalam kotak penalti namun pengadil tetap meneruskan perlawanan.

Ketua pasukan yang masih menjadi inspirasi kepada setiap pemain
Pada minit ke-9, Chamakh pula dijatuhkan didalam kotak penalti oleh penjaga gol Braga, Felipe. Kali ini pengadil membuat keputusan tepat dengan menghadiahkan sepakan penalti disempurnakan dengan tenang oleh Cesc Fabregas. Kali terakhir Fabregas menjaringkan gol adalah melalui sepakan penalti di Stadium Emirates juga ketika menentang Barcelona musim lepas.

Wilshere hampir menambah gol kedua buat Arsenal apabila hantaran lambung Arshavin kedalam kotak penalti didada oleh Fabregas yang kemudian melantun kearah beliau namun Felipe berjaya menampan dengan baik percubaan tersebut. Gol kedua hadir pada minit ke-30 apabila hantaran Fabregas berjaya dikawal dengan baik oleh Arshavin yang membuat rembatan leret menerjah gawang Braga.

Lima minit kemudian, gol ketiga berjaya dihasilkan apabila Chamakh dan Wilshere membuat hantaran satu dua yang disudahi apabila flick yang dilakukan Wilshere membuka ruang untuk Chamakh menyepak masuk bola didepan pintu gol Braga. Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal mendahului Braga 3 - 0.

Pada minit ke-53, Arsenal menambah gol keempat apabila tandukan bebas Fabregas menerjah gawang Braga hasil dari hantaran lintang Arshavin. Ketua pasukan Arsenal ini hampir melakukan hat-trick apabila hantaran satu dua bersama Arshavin membuka ruang untuk Fabregas menyempurnakan jaringan dalam situasi satu lawan satu dengan Felipe, namun bola lambung beliau yang sudah melepasi penjaga gol Braga itu berjaya disepak keluar oleh pemain pertahan Braga, Moises.

Arsenal membuat pertukaran pada minit ke-63 dengan mengeluarkan Chamakh dan Song yang diganti oleh Vela dan Denilson. Arshavin hampir menjaringkan gol kedua beliau apabila hantaran Fabregas berjaya dikawal kemas namun rembatan kencang beliau menggegarkan tiang gol Braga.

Carlos Vela meneruskan penyudahan cemerlang beliau pada perlawanan hujung minggu lepas apabila berjaya menjaringkan gol kelima Arsenal. Hantaran through ball Arshavin membuka ruang untuk Vela membuat lambuang ringkas melepasi Filipe pada minit ke-69. Vela sekali lagi mengena sasaran apabila hantaran Fabregas berjaya disempurnakan dengan baik untuk gol keenam Arsenal pada minit ke-84.

Rumusan

Cesc Fabregas membuktikan bahawa beliau tetap komited kepada Arsenal apabila ketua pasukan ini bertindak sebagai perancang utama dengan baik sekali. Beliau bukan sahaja merancang dua gol malah turut menjaringkal dua lagi dan hampir-hampir menghasilkan hat-trick pertama beliau musim ini. Fabregas kembali dengan aksi cemerlang seperti musim lepas lantas menepis segala spekulasi yang mengatakan beliau sudah tidak bersemangat untuk beraksi untuk the Gunners.

Andrey Arshavin pula yang banyak terlepas peluang pada Sabtu lepas nampak lebih tajam dimana beliau berjaya menjaringkan satu gol dan satu percubaan beliau juga terkena tiang gol. Beliau turut merancang dua lagi gol Arsenal. Sementara itu Chamakh dan Wilshere juga banyak memainkan perananan penting dalam kemenangan bergaya pagi tadi. 

Seorang lagi pemain yang turut menunjukkan peningkatan adalah Carlos Vela terutama sekali dari aspek penyudahan. Nampaknya Bendtner terpaksa berusaha keras sekembali pulih dari kecederaan kerana Vela dilihat semakin berkeyakinan tinggi dan kurang melepaskan peluang menjaringkan gol. 

Rating Blog Arsenal Nombor Empat

Tiada rating untuk kali ini sebab aku tak tengok aksi setiap pemain dengan teliti.

Video Highlights



Tagged: , , ,

2 comments: