Saturday, September 25, 2010

Menurut laporan yang disiarkan Telegraph.co.uk, keuntungan ini adalah hasil dari penjualan pangsapuri yang dibina dalam projek pembangunan Highbury Square. Hasil dari penjualan tersebut, Arsenal bukan saja berjaya melangsaikan hutang projek yang menelan belanja sebanyak £130 juta itu malah menikmati keuntungan sebanyak £56 juta.

Projek pembangunan Highbury Square adalah bukti pengurusan cemerlang Arsenal
Namun, keuntungan tersebut kurang sedikit berikutan terdapat lima perlawanan di Stadium Emirates yang kurang penonton pada musim lepas dan juga peningkatan gaji pemain. Menurut CEO Arsenal, Ivan Gazidis, peningkatan gaji inilah yang membolehkan Arsenal terus bersaing dalam Liga Perdana Inggeris.

Beliau turut menerangkan hasil keuntungan ini akan digunakan dalam menawarkan kontrak pemain ataupun sebagai yuran perpindahan untuk dapatkan pemain baru. Walaupun begitu, ianya tidak bermakna Arsenal boleh bersaing sama tahap dengan Man City kerana jenis yuran perpindahan dan gaji yang ditawarkan mereka adalah tidak elok bagi bisnes bolasepak.

Tambah Gazidis lagi, Arsenal akan meneruskan polisi mengembangkan bakat pemain muda daripada membeli bintang ternama. Beliau akui polisi ini adalah satu langkah yang sukar, tetapi hasil daripada polisi ini jugalah kita melihat perkembangan dan kemajuan pemain muda yang hebat sekali dan bagi beliau persembahan menentang Spurs tempohari menggambarkan segalanya.

Semua ini membuktikan Arsenal adalah sebuah kelab bola sepak yang diuruskan dengan cemerlang oleh pihak pengurusannya. Kejayaan bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi dengan mudah dan Arsenal memilih cara sendiri untuk mendapatkan sumber keewangan dalam menguruskan kelab ini.

Kebanyakan kelab memilih jalan pintas dengan menjual harga diri hak milik kelab kepada individu yang kaya raya seperti Abramovich, Glaziers, Pak Syeikh, Hicks & Gillet dan lain-lain bagi mendapatkan bantuan keewangan yang membolehkan mereka membeli pemain bertaraf bintang.

Walaupun Chelsea berjaya bergelar juara mee segera, namun kelab itu telah melaporkan mereka mengalami kerugian sebanyak £44.4 juta pada Disember tahun lalu. Sementara itu, Man Utd melaporkan mereka memperoleh keuntungan sebanyak £48.2 juta pada Januari lalu namun kebanyakan penyokong kini inginkan Glaziers tinggalkan kelab itu kerana dipercayai mereka banyak mengaut keuntungan untuk kegunan sendiri.

1 comment:

  1. inilah cara yg betol utk uruskan club bola sepak...
    ini suma hasil daripada vision & passion wenger...
    yeahhh!!
    tapi ade gak sesetgh gooners yg tak paham & berfikiran kolot nk wenger blah dari arsenal disebabkan kurang berbelanja players2 ternama & kekurangan piala...
    tah pape jer...
    in arsene we trust!!!

    ReplyDelete