Oleh kerana terpaksa melalui minggu yang agak bosan, beberapa pemain dah bekas pemain banyak meluangkan lebih masa dalam temuramah bersama wartawan. Namun dalam tak sedar, ada sesetengah kenyataan mereka sangat bahlul dan tidak masuk akal.
Kita mulakan dengan si lahanat Adebayor. Beliau percaya dengan pemain Man City yang ada sekarang, ianya bermakna skuad bimbingan Roberto Mancini ini sudah berjaya menandingi kehebatan Arsenal. Selain itu beliau turut merasakan bahawa Man City akan dipandang sebagai skuad yang lebih besar dari Arsenal jikalau mereka berjaya menang sekurang-kurangnya sepuluh perlawanan berturut-turut.
Memang betul Man City dapat beli pemain yang diorang mahukan dengan hanya menabur wang berjuta-juta pound tetapi setiap pemain perlukan keserasian antara mereka untuk mendapatkan rentak permainan yang baik dan ianya tak akan menjadi jika pemain silih berganti. Yang paling tak boleh tahan, menang sepuluh perlawanan berturut-turut dah rasa bagus? Cuba atasi rekod 49 perlawanan tanpa kalah dulu baru boleh dipertimbangkan kehebatan City.
Ini diikuti dengan bekas pemain sayap Chelsea, Arjen Robben. Beliau percaya dengan mendapatkan khidmat Rafael van der Vaart, Spurs kini tiada banyak beza dari Arsenal. Robben turut memuji rakan sepasukan dari Belanda itu dengan mengatakan van der Vaart adalah salah seorang pemain tengah terbaik di Liga Perdana dan mungkin yang paling terbaik.
Baiklah, memang tidak disangkal van der Vaart adalah salah seorang pemain yang sangat berkualiti. Namun ianya tidak bermakna Spurs akan jadi lebih bagus dari Arsenal. Kehebatan sesebuah pasukan tidak bergantung kepada pemain sahaja seperti yang dikatakan oleh Adebayor dan Robben, tetapi taktik yang berkesan serta moral yang tinggi turut menjadi faktor. Lihat pada Inter, tiada Ronaldo dan Messi tapi masih boleh menjuarai Liga Juara-juara Eropah.
Oleh kerana berasa malu aduan mereka tidak dilayan oleh FA, Stoke menghantar wakil mereka Ryan Shawcross untuk membuat kenyataan bagi menutup malu mereka. Shawcross merasakan Wenger ada masalah peribadi terhadap beliau apabila nama beliau disebut dalam kenyataan Wenger berkenaan taktik ragbi yang dipakai Stoke.
Aku rasa tak salah kalau Wenger nak berdendam, kalau lah betul pun. Shawcross memang seorang pemain yang kasar dan lebih teruk lagi, dia sering terlepas dari hukuman berat memandangkan beliau adalah salah seorang bintang muda England. Beliau pernah mencederakan Theo Walcott dan Adebayor sehinggakan terpaksa berehat selama tiga ke empat minggu dan penyebab kaki Ramsey patah.
Beralih kepada bekas penjaga gol Arsenal, John Lukic. Beliau berkata bahawa Wenger sepatutnya perlu dapatkan penjaga gol seperti Jose Reina, Victor Valdes atau Julio Cesar. Menurut beliau, Arsenal bakal menanggung akibat apabila gagal mendapatkan penjaga gol yang berkualiti pada musim ini. Lukic turut menegaskan, George Graham yang juga bekas pengurus Arsenal membelanjakan £1.3 juta untuk David Seaman yang mana rekod perpindahan termahal bagi penjaga gol di Great Britain ketika itu.
Seaman mewakili Arsenal selama 13 tahun dan membuat 405 penampilan dari 1990 hingga 2003 |
Mungkin benar kata-kata Lukic tersebut namun zaman sudah berubah. Seaman dibeli dari kelab QPR dan kini kebanyakan kelab sudah menjadi kaya. Arsenal mungkin tidak dapat membida Reina, Valdes dan Cesar kerana kelab yang diwakili masing-masing tidak berminat untuk menjual penjaga gol terbaik mereka. Selain itu, mereka juga bukan dalam situasi yang perlukan wang dan mungkin hanya akan mempertimbagkan tawaran jika yang diterima sangat tinggi.
Akhir sekali, Mark Schwarzer masih lagi kecewa kerana tidak dapat menyertai skuad the Gunners musim ini. Namun beliau masih bertindak secara professional apabila tidak mahu berkata apa-apa tentang isu perpindahan ini kerana bimbang akan berkata perkara yang salah yang mampu merenggangkan hubungan beliau dengan Fulham.
Tiada apa yang aku boleh katakan pada Schwarzer melainkan beliau tiada rezeki untuk bermain bersama Arsenal. Walau bagaimanapun, macam mana Schwarzer boleh dipilih sebagai calon pengganti Almunia musim ini jika beliau bakal dipanggil skuad kebangsaan Australia untuk kejohanan Asian Cup di Qatar pada Januari tahun depan? Mungkin ada hikmahnya Almunia masih kekal sebagai penjaga gol Arsenal musim ini.
0 comment(s):
Post a Comment