Saturday, September 18, 2010

Perlawanan menentang Sunderland ditempat lawan adalah perlawanan yang sentiasa merumitkan ditambah lagi dengan skuad Arsenal yang beraksi pada perlawanan Liga Juara-juara Eropah pada hari Rabu lepas bakal berentap dengan skuad Sunderland yang tidak mempunyai sebarang perlawanan pada pertengahan minggu.

Fabregas menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan pada dua musim lepas
Pada musim lepas Arsenal tewas kepada Sunderland 1-0 hasil jaringan Darren Bent dan pada musim sebelum itu, the Gunners hampir juga tewas namun berjaya diselamatkan oleh tandukan Cesc Fabregas pada minit-minit terakhir perlawanan separuh masa kedua untuk menjadikan keputusan seri 1-1.  Jadi marilah kita berharap agar perkara yang hampir sama tidak berulang lagi.

Arsenal perlu berhati-hati walaupun menjaringkan banyak gol  pada perlawanan sebelumnya dan masih belum tewas musim ini, tidak mustahil bakal dikecewakan oleh Sunderland seperti musim lepas yang mana mereka berjaya menyekat kemaraan Arsenal yang masih belum tewas sebanyak 13 perlawanan ketika itu. Maka setiap pemain perlulah fokus dan mengekalkan konsentrasi masing-masing.

Diharap kekecewaan yang sama tidak terjadi seperti musim lepas
Kecederaan Vermaelen yang masih belum pulih bakal melihatkan tiadanya perubahan dibarisan pertahanan seperti perlawanan Liga Juara-juara Eropah tempoh hari. Persembahan baik Wilshere pada perlawanan tersebut juga akan mengekalkan tempat beliau sementara Nasri baru sahaja pulih dan diturunkan Rabu lepas mungkin akan direhatkan dan diganti dengan Rosicky.

Barisan kemungkinan pagi ini

Almunia
Sagna - Squillaci - Koscielny - Clichy
Song
Fabregas - Wilshere
Rosicky - Chamakh - Arshavin

Simpanan: Fabianski, Gibbs, Djourou, Eboue, Denilson, Nasri, Vela 

Dalam berita lain, pemain pertahanan Sunderland, Anton Ferdinand dan pengurus pasukan beliau, Steve Bruce memberi sokongan kepada Arsene Wenger yang sebelum ini dikecam hebat oleh Owen Coyle, Sam Allardyce dan CEO Stoke Tony Scholes selepas menyuarakan pendapat beliau tentang tingkah-laku pemain pihak lawan terhadap pemain Arsenal.

Menurut Ferdinand, tiada siapa yang boleh mempersoalkan tindakan Wenger dan Arsenal bermain bola sepak sebagaimana ianya harus dimainkan. Dalam kenyataan beliau terhadap Wenger:
What he has achieved at Arsenal is unbelievable. I speak to quite a few of the boys at Arsenal, who I know from my time in London, and they have nothing but good words to say about him, about the way he is as a person, the way he is as a coach, as a manager - everything. They haven't got a bad word to say about him.

Beliau turut menambah:
For me, you cannot question Mr Wenger's credentials and the players he buys, the way he does his business. You can't beat that, and it shows in the way they play football. They play football the way football should be played.

Sementara itu Steve Bruce pula mengagumi Arsenal dan cara Wenger menguruskan kelab itu boleh dikatakan hampir layak digelar genius. Ini adalah kerana Arsenal tidak mempunyai dana seperti kelab-kelab lain tetapi masih lagi menjadi pesaing yang digeruni terutama sekali apabila berpindah dari Highbury ke Emirates yang banyak menelan belanja.

Tagged:

1 comment:

  1. game mlm ni aku x brp nk suka sgt sbb arsenal mgkin mghadapi mslh menentang black cats ni..seumama melawan blackburn..kmgkinan besar draw.. tp aku dan kita semua sbg fan arsenal pastinya mgharapkan kemenangan..dan pastinya itu yg kita mahu..

    ReplyDelete