Post match untuk kali ni lambat dan memang lain dari biasa kerana disampaikan dalam bentuk cerita atau luahan hati. Pertama sebab aku betul-betul sibuk dengan tugasan kerja buat masa ni dan kedua mood tu takde disebabkan persembahan semacam najis kebanyakan pemain Arsenal. Cilakak sungguh!
Sesungguhnya aku tak tengok pun game malam tu sebab aku buat overtime kat ofis dan bila aku pergi kedai makan semuanya bukak game Liverpool. Oleh kerana over confident Arsenal akan membelasah pasukan yang baru promote tersebut, aku layan saja game Liverpool sambil makan roti banjir dan teh ais dan dengan senang hati aku menganjing fans Liverpool yang berhempas pulas menahan asakan Sunderland di tempat sendiri.
Oleh kerana berasa pelik kenapa tak ada updates jaringan gol pada masa kedua, aku pun check lah live score dari telepon aku. Terkejut beruk aku tengok result Arsenal dah kena dua biji. Jadi sebelum ESPN update score baik aku blah dulu sebab tadi bukan main suka hati menganjing fans Liverpool. Masa tengah nak bayar aku refresh, kena lagi sebijik. Maka pada masa itu aku sudah dapat mengagak mesti budak-budak ni main macam taik.
Serious aku tak boleh nak bagi ulasan setiap pemain kerana aku hanya sekadar melihat video highlights perlawanan tersebut. Dari banyak yang aku baca ramai yang menyalahkan Diaby dan Almunia. Diaby memang terkenal dengan kemalasan beliau dan aku percaya je kalau beliau dipersalahkan. Sementara Almunia, baru je nak yakin dengan persembahan dah buat hal balik. Namun aku lebih percaya kalau dikatakan setiap pemain yang terlibat turut menyumbang kekalahan memalukan ini.
Kesian kat fans yang buat banner ni. Haha! |
Berbalik kepada permasalahan penjaga gol yang memang dari dulu lagi patut Wenger selesaikan. Bekas pengurus George Graham hari ini berkata Arsenal perlu gantikan Almunia dengan penjaga gol lain jika mahu bergelar juara. Tetapi, masalahnya sekarang transfer window masih lagi tertutup dan adakah Szczesny sudah bersedia untuk menggalas tugas berat ini?
Aku bersetuju dengan pandangan arseblog yang berpendapat tidak salah jika pemain muda itu diberi peluang dan jika beliau melakukan kesilapan sekalipun sekurang-kurangnya beliau boleh belajar dari kesilapan tersebut jika nak dibandingkan dengan Almunia dan Fabianski yang sudah banyak kali melakukan kesilapan tetapi masih bengap kerana tak pernah belajar dari kesilapan.
Walaupun begitu, mampukah Arsenal untuk menjadi juara jika Wenger memberi ruang untuk Szczesny belajar dari kesilapan yang bakal beliau lakukan? Keputusan terletak ditangan Wenger samada nak gamble kasi Szczesny beraksi atau terus berharap agar Almunia kurang lakukan kesilapan. Yang pastinya Almunia disahkan tidak mengikuti rombongan pasukan ke Belgrade akibat kecederaan. Mari kita lihat sama ada Wenger aku turunkan Fabianski atau dua lagi penjaga gol muda yang ada.
Highlights
rileks..sbg fan arsenal,akupun kecewa n mmg kesal dgn kekalahan yg di luar batasan ni.. pastinya ada hari yg lebih baik utk kita nanti..aku xnak maki mana2 watak yg jd pnyebab kekalahan arsenal, tkt pasni mrk lakukan yg trbaik, segan pula nk puji.. bg aku, taktikal mnjadi pnca kekalahan arsenal, trlalu yakin n memandang enteng trhadap WBA walhal kalu tgk head 2 head pun arsenal x prnah menang lbih 2 gol dgn WBA ni, prnah seri dan prnah klhpun.. jd ikhtibar lah utk semua.. hrp utk game2 pasni mmberi kegembiraan utk kita seumpama di pagi syawal..hehe..
ReplyDelete